Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gangguan pada bekalan gas jejas penduduk Sengkang hampir 2 jam

Sebilangan penduduk Sengkang mengalami masalah pada bekalan gas di rumah mereka pada pagi Ahad (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan pada bekalan gas jejas penduduk Sengkang hampir 2 jam

Gambar hiasan sebuah dapur gas (Gambar: Fernando Arcos/Pixabay)

Diterbitkan : 23 Dec 2019 08:26AM Dikemas Kini : 23 Dec 2019 08:29AM

SINGAPURA: Sebilangan penduduk Sengkang mengalami masalah pada bekalan gas di rumah mereka pada pagi Ahad (22 Dis).

Para penduduk yang dihubungi Mediacorp berkata mereka menyedari bahawa bahawa ada sesuatu yg tidak kena dengan bekalan gas di rumah mereka dari sekitar jam 9.00 pagi apabila api yang dinyalakan di dapur gas mereka "sangat, sangat kecil".

Syarikat perbekalan awam SP Group mengesahkan pihaknya menerima aduan berhubung tekanan gas yang rendah di beberapa bahagian di Sengkang pada pagi semalam dan mengerahkan para pegawainya ke kawasan-kawasan terjejas untuk menjalankan siasatan.

Namun belum dapat dipastikan berapa banyak rumah yang terjejas dan menurut jurucakap SP Group, tekanan gas kembali ke paras normal dari jam 10.45 pagi. "Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh kejadian ini," tambah jurucakap tersebut.

Menyusuli aduan berhubung insiden tekanan gas yang rendah itu, SP Group menyatakan pihaknya sudah memuat naik makluman awam ke laman Facebook dan Twitternya.

Sesetengah penduduk memberitahu Mediacorp bahawa mereka mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan hidangan atau terpaksa menukar rancangan mereka disebabkan oleh situasi tersebut.

Seorang suri rumah yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Lim, 77 tahun, berkata api di dapurnya "sangat, sangat kecil" dan beliau bimbang kerana hidangan yang sedang beliau siapkan itu adalah untuk satu acara keagamaan yang diadakan pada hari itu.

Beliau menambah masakan yang biasanya hanya mengambil masa sejam akhirnya siap selepas tiga jam. Cik Lim berharap situasi seperti itu tidak akan berulang semasa Tahun Baru Cina nanti.

Seorang lagi penduduk Sengkang, Encik Raja Pavan, 37 tahun, memberitahu Mediacorp bahawa isterinya mengambil masa setengah jam untuk menyiapkan kentang lecek disebabkan api yang kecil. Hidangan itu, menurut beliau, lazimnya hanya memerlukan sekitar lima minit untuk disiapkan.

SP Group masih menyiasat punca kejadian.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan