Gangguan NEL, LRT Sengkang-Punggol: LTA, SBS Transit berusaha elakkan 'kegagalan berangkai'
Notis di stesen MRT Farrer Park selepas gangguan bekalan elektrik menggugat khidmat kereta api Laluan Timur Laut pada 12 Ogos 2025 (kiri) manakala khidmat bas ulang-alik disediakan semasa gangguan LRT Sengkang-Punggol pada 15 Ogos 2025 (Gambar: CNA/Koh Wan Ting, SBS Transit)
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali khidmat kereta api SBS Transit menyatakan pihaknya sedang berusaha untuk mencegah kejadian sedemikian berlaku lagi pada masa akan datang.
Mereka menjelaskan bahawa pencawang depoh Sengkang mempunyai dua papan suis yang bercantum.
Pada Selasa (12 Ogos), dua kerosakan berlaku pada salah satu papan suis, sekali gus menyebabkan kerosakan yang meluas.
Sejurus ia berlaku, papan suis yang lain terputus daripada sistem bagi mencegah kerosakan.
Ini menyekat bekalan kuasa ke beberapa bahagian Laluan Timur Laut NEL dan LRT Sengkang-Punggol.
Kelmarin (15 Ogos), kerosakan kabel kuasa berlaku di LRT Sengkang.
Memandangkan papan suis yang rosak masih dibaiki, kerosakan itu menyebabkan seluruh rangkaian terputus kuasa elektrik.
LTA dan SBS Transit sedang menyiasat punca kerosakan kabel tersebut.
Mereka juga sedang memeriksa keadaan kabel sepanjang 28 kilometer yang meliputi seluruh rangkaian LRT Sengkang-Punggol.
Ini akan dilakukan pada Sabtu depan (23 Ogos).
LTA juga akan memasang bekalan kuasa tambahan langsung daripada grid SP Power.
Kerja penambahbaikan itu dijangka siap antara Oktober hingga Disember tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.