Gangguan MRT Laluan Timur-Barat: Apa yang perlu anda tahu tentang laluan perjalanan alternatif
SINGAPURA: Tiada khidmat MRT disediakan antara stesen Jurong East dengan Buona Vista buat hari kedua pada Khamis (26 Sep), disebabkan gangguan bekalan elektrik di Laluan Timur-Barat sejak Rabu.
Untuk membantu para penumpang mengatasi gangguan tersebut, pengendali SMRT menyediakan khidmat ulang-alik kereta api dan bas.
- Bas ulang alik disediakan antara stesen MRT Jurong East dengan Buona Vista
- Bagi kereta api ulang alik, ia disediakan antara stesen Boon Lay dengan Jurong East, serta antara Queenstown dengan Buona Vista
- Khidmat bas biasa juga disediakan antara stesen Boon Lay dengan Queenstown
Jika penumpang ingin ke pusat bandar, mereka boleh pertimbangkan tiga laluan alternatif.
Penumpang boleh ke Laluan Utara-Selatan (menerusi Jurong, Woodlands dan Bishan), Laluan Thomson-East Coast (menerusi Woodlands dan Caldecott) dan Laluan Downtown (menerusi Botanic Gardens).
Bagi sebarang kemas kini tentang keadaan khidmat MRT, orang ramai boleh semak platform media sosial SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), serta aplikasi MyTransport LTA.
Bagi mereka yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bertulis pada Khamis, Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) sudah mengesyorkan para calon peperiksaan tidak akan berdepan sebarang tindakan jika mereka lewat, disebabkan gangguan khidmat MRT.
Agensi tersebut menambah para pelajar sudah dimaklumkan tentang aturan terkini.
"Calon akan diberikan masa penuh bagi peperiksaan itu jika mereka tiba di pusat peperiksaan sebelum tempoh tamat," kata seorang jurucakap SEAB.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.