Gangguan MRT CCL yang dirancang: Kakitangan & bas ulang alik pastikan kesesakan waktu sibuk terkawal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tahap kesesakan dan masa menunggu kini terkawal di stesen-stesen Laluan Circle (CCL) yang terjejas oleh gangguan perkhidmatan yang dirancang selama tiga bulan, walaupun sesetengah penumpang mengatakan masa perjalanan mereka bertambah sekitar 20 minit.
Langkah-langkah pengurusan orang ramai dilaksanakan di Stesen MRT Serangoon pada Isnin (19 Jan) - hari bekerja pertama sejak gangguan perkhidmatan yang dirancang bermula pada Sabtu.
Mulai 17 Januari hingga 19 April, MRT akan beroperasi di satu platform antara tiga stesen CCL - Mountbatten, Dakota dan Paya Lebar - untuk membolehkan kerja-kerja pengukuhan terowong dijalankan.
Tahap kesesakan tinggi pada waktu sibuk sebelah pagi, tetapi penumpang terus bergerak di Stesen MRT Serangoon, dengan kakitangan mengarahkan orang ramai ke laluan alternatif seperti bas ulang-alik.
Sepanjang tempoh gangguan, sekitar 500 kakitangan tambahan akan membantu mengurus dan mengarahkan orang ramai di stesen-stesen.
Terdapat juga pelbagai papan tanda di sekitar stesen yang mengarahkan penumpang ke laluan alternatif, serta pengumuman yang dirakam mengenai gangguan perkhidmatan yang dimainkan di stesen.
Kemas kini dipaparkan di laman Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dengan satu kira-kira pukul 7.40 pagi menyatakan bahawa terdapat barisan menunggu sehingga 30 minit untuk sampai ke platform. Ia diubah kira-kira pukul 8.00 pagi kepada barisan menunggu sehingga 10 minit.
Mediacorp mendapati pada pukul 7.50 pagi dan pukul 8.30 pagi, orang ramai terus bergerak merentasi laluan penghubung tanpa henti, dengan platform kekal lancar dan tidak sesak.
MRT menuju ke Stesen Paya Lebar tiba selang sekitar tiga minit, mengurangkan kesesakan orang ramai.

LTA menyatakan bahawa bagi memendekkan tempoh gangguan perjalanan penumpang, kerja-kerja pemasangan akan dijalankan 24 jam sehari secara berterusan sepanjang penutupan terowong tersebut.
“Disebabkan skop kerja yang besar dan rumit, kami memerlukan masa kejuruteraan yang lebih panjang untuk memastikan kerja-kerja pengukuhan dapat dijalankan dengan selamat dan berkesan,” menurut LTA bulan lalu.

BARISAN BAGI BAS ULANG-ALIK YANG TERATUR
Penumpang yang diarahkan ke perkhidmatan bas ulang-alik juga dilihat beratur dengan teratur pada pukul 8.00 pagi untuk perkhidmatan bas ulang-alik 37A, yang tiba setiap tiga minit untuk membawa penumpang ke stesen Paya Lebar.
Perkhidmatan bas ulang-alik waktu puncak bermula pada 5 Januari - kira-kira dua minggu sebelum penutupan terowong - supaya penumpang dapat membiasakan diri dengan pilihan perjalanan baharu.
Sebuah khemah didirikan supaya penumpang boleh menunggu di tempat berteduh. Barisan bergerak dengan cepat, walaupun barisan penumpang kadang-kadang menjalar melebihi kawasan beratur.
MRT ULANG-ALIK
Penumpang di Stesen MRT Paya Lebar, Dakota dan Stesen MRT Mountbatten terpaksa menunggu lebih lama untuk MRT mereka, yang tiba selang masa 10 minit, berbanding tiga minit biasa.
Ini kerana dua terowong selari yang menghubungkan tiga stesen CCL ditutup satu per satu, dengan MRT ulang-alik beroperasi antara stesen-stesen dalam terowong yang terbuka.

LTA menyatakan bulan lalu bahawa penumpang harus menjangkakan masa menunggu tambahan sehingga 30 minit semasa waktu sibuk.
Masa menunggu antara Mountbatten dan Dhoby Ghaut atau Stesen MRT Marina Bay juga meningkat kepada kira-kira 10 minit berbanding enam minit biasa.
USAHA PENDAMPINGAN
LTA menyatakan bahawa pendampingan awam untuk gangguan yang dirancang bermula pada bulan Disember selama kira-kira tujuh minggu.
Ini termasuk lawatan dari rumah ke rumah ke kawasan perumahan di sekitar stesen-stesen yang terjejas, penglibatan di sekolah-sekolah, sesi perbincangan dengan penduduk, dan pameran di stesen-stesen.
Cik Elynn Han, pengarah perkongsian masyarakat LTA, memberitahu Mediacorp dalam satu temu bual pada 15 Januari bahawa lebih 40,000 penumpang didampingi melalui usaha-usaha ini.
"Kami faham bahawa sebarang perubahan dalam perjalanan harian boleh menyebabkan kesusuahan. Kami sudah berusaha membuat persediaan awal dan menyediakan pilihan perjalanan alternatif seperti perkhidmatan bas ulang-alik dengan melibatkan diri lebih awal," katanya.
"Kami menggalakkan penumpang untuk mengambil masa untuk menyesuaikan diri dan mencuba laluan yang berbeza dan mendekati kakitangan kami jika mereka memerlukan bantuan. Kami akan berada di lapangan dan bersedia untuk bertindak balas."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.