Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gangguan khidmat MRT EWL: LTA mula siasatan; dapatan didedah kepada umum

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan khidmat MRT EWL: LTA mula siasatan; dapatan didedah kepada umum

Usaha memperbaiki MRT yang rosak dijalankan di Commonwealth Ave West pada 26 Sep 2024. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sudah memulakan siasatan ke atas gangguan enam hari bagi khidmat MRT Laluan Timur-Barat antara stesen Jurong East dengan Buona Vista.

Siasatan itu dijangka selesai dalam masa beberapa bulan akan datang, menurut LTA, dan dapatannya akan dibentangkan kepada umum.

Siasatan tersebut akan dijalankan dari segi beberapa aspek.

"Pertama sekali, kami akan menyiasat punca kontak gandar (axle box) itu gagal berfungsi. Siasatan LTA termasuk kajian forensik ke atas sifat kegagalan kotak gandar itu, dan mengenal pasti sebarang faktor yang mungkin menyumbang kepada insiden itu," jelas penguasa itu.

LTA juga akan menyiasat prosedur melibatkan pengesanan keretakan dan cara menangani insiden itu, dan menentukan sama ada tindakan wajar sudah diambil.

Akhir sekali, LTA akan menyemak pemulihan perkhidmatan dan usaha mengurangkan gangguan, bagi "memastikan ketepatan masa dan sejauh mana menyeluruh respons yang diambil" oleh pengendali kereta api SMRT.

Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) juga akan menjalankan siasatan keselamatan bebas ke atas gangguan tersebut, menurut Kementerian Pengangkutan.

Bagi menyokong siasatannya, LTA akan melantik Panel Makluman Pakar (EAP) bagi menyemak semula dapatan dan memberi nasihat mengenai urusan teknikal.

Panel berkenaan akan dipengerusikan oleh Encik Malcolm Dobell, mantan Ketua Sistem Kereta Api bagi Underground Lonson, dan merangkumi lima pakar tempatan dan luar negara:
  • Dr Tony Lee dan Encik Chen Chao, kedua-duanya mempunyai kepakaran luas dalam operasi dan penyenggaraan kereta api
  • Encik Chew Tai Chong, yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan sistem kereta api dan reka bentuk kereta api
  • Profesor Gan Hiong Yap, yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan landasan
  • Profesor Manoj Gupta, pakar dalam sains bahan dengan latar belakang dalam kejuruteraan mekanikal
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan