Skip to main content

Singapura

Gangguan khidmat global Facebook, Instagram jejas sesetengah pengguna SG

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan khidmat global Facebook, Instagram jejas sesetengah pengguna SG

Logo aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp di New York. (Gambar fail: AP/Richard Drew)

Diterbitkan : 21 Sep 2026 11:25AM
  • Pengguna Facebook dan Instagram di Singapura melaporkan masalah akses pada pagi Isnin, 21 Sep, dengan aduan Downdetector memuncak sekitar 9.20 pagi.
  • Kebanyakan aduan melibatkan kesukaran membuka laman web kedua-dua platform milik Meta itu, namun punca gangguan tidak dinyatakan.
  • Masalah sama turut dilaporkan di Filipina, Australia, Amerika Syarikat dan Mexico, dengan gangguan dipercayai berlaku di seluruh dunia.
  • Reuters melaporkan ribuan aduan di Amerika Syarikat, sementara artikel mengaitkan insiden ini dengan gangguan Meta sebelumnya pada Jun dan Julai tahun ini.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Sesetengah pengguna Facebook dan Instagram di Singapura melaporkan masalah untuk mengakses kedua-dua platform media sosial itu pada pagi Isnin (21 Sep), sedang pengguna di beberapa negara lain turut mengalami gangguan.

Pemantau gangguan Downdetector menunjukkan aduan mengenai Facebook dan Instagram di Singapura memuncak sekitar pukul 9.20 pagi, masing-masing sekitar 220 dan 120 aduan.

Sebahagian besar aduan berkaitan masalah mengakses laman web kedua-dua platform.

Para pengguna di negara-negara lain, termasuk Filipina, Australia, Amerika Syarikat dan Mexico, turut melaporkan mengalami masalah.

Gangguan itu dipercayai berlaku di seluruh dunia. Reuters melaporkan beribu-ribu pengguna di Amerika Syarikat mengalami masalah dengan Facebook dan Instagram, dengan Downdetector merekodkan lebih 17,000 aduan terhadap Facebook dan lebih 5,000 bagi Instagram setakat pukul 1.11 pagi waktu GMT.

Facebook dan Instagram, yang dimiliki Meta, pernah mengalami gangguan lain pada tahun ini.

Pada Jun lalu, kedua-dua platform mengalami gangguan di peringkat global yang menjejaskan pengguna di Singapura, Filipina, India, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.

Platform media sosial itu juga mengalami gangguan pada Julai lalu, yang menjejaskan beratus-ratus pengguna di Singapura.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita