Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gangguan khidmat DBS 'tidak boleh diterima', tegas MAS

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan khidmat DBS 'tidak boleh diterima', tegas MAS

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Gangguan pada khidmat digital DBS pada Rabu (29 Mac) adalah sesuatu yang "tidak boleh diterima" dan bank itu "tidak menepati" jangkaan, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Gangguan sepanjang Rabu itu menyebabkan para pelanggan bank terbesar Singapura tidak dapat log masuk platform perbankan online seperti PayLah! sejak seawal pukul 8.30 pagi.

Khidmat biasa disambung semula pada pukul 5.45 petang.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MAS pada Rabu malam menyatakan, ia dimaklumkan oleh DBS pada awal pagi bahawa para pelanggannya mengalami kesukaran untuk mengakses khidmat perbankan digital.

Penyelia kewangan itu menyatakan, ia berhubungan dengan DBS untuk mempercepatkan pemulihan khidmat digitalnya dan bagi memastikan gangguan itu dimaklumkan kepada para pelanggan.

MAS menarik perhatian bahawa khidmat perbankan sudah kembali seperti biasa, dengan bank itu terus memantau keadaan.

"Gangguan khidmat digital DBS hari ini tidak boleh diterima," menurut MAS, sambil menarik perhatian bahawa ia berlaku menyusuli insiden serupa pada November 2021.

Bank itu "gagal menepati" jangkaan MAS untuk mengekalkan tahap "ketersediaan sistem yang tinggi dan memastikan sistem IT dapat dipulihkan dengan pantas", kata jurucakap MAS.

Tambah MAS, ia "memandang serius terhadap keandalan sistem IT bank yang kritikal".

Jurucakap itu berkata: "MAS mengarahkan DBS supaya menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca gangguan dan menyerahkan hasil siasatannya kepada MAS."

"MAS akan mengambil tindakan pengawalseliaan terhadap DBS setelah mendapatkan fakta yang diperlukan."
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan