Skip to main content

Singapura

Gangguan khidmat DBS, Citi: MAS arah pihak bank jalankan siasatan menyeluruh, tindakan penyeliaan akan susul

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengarahkan DBS dan Citibank agar menjalankan "siasatan menyeluruh" berikutan gangguan perkhidmatan utama pada hujung minggu lalu selama beberapa jam.
 
Dalam respons kepada soalan Mediacorp, MAS menyatakan pada Khamis (19 Okt) bahawa tempoh masa perkhidmatan pelanggan terganggu, tidak boleh melebihi empat jam dalam masa 12 bulan.

MAS menarik perhatian bank-bank tersebut tidak dapat memulihkan sistem mereka sepenuhnya dalam tempoh yang diberikan.

"MAS sudah mengarahkan kedua-dua bank untuk menjalankan siasatan menyeluruh tentang mengapa mereka tidak dapat memulihkan sistem tersebut, dan MAS akan mengambil tindakan penyeliaan selepas mengumpulkan fakta-fakta yang diperlukan," kata seorang jurucakap.
DBS pada Khamis menyatakan bahawa perkhidmatannya dipulihkan secara berperingkat bermula dari pukul 7.00 malam pada Sabtu (14 Okt), dengan perbankan korporat online pulih selepas pukul 7.00 malam, dan kebanyakan mesin ATM berfungsi menjelang sekitar jam 8.30 malam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (18 Okt), seorang jurucakap Citibank mengesahkan bahawa semua perkhidmatan dipulihkan menjelang pagi Ahad (15 Okt).
GUNA KAEDAH PEMBAYARAN LAIN SEPERTI WANG

MAS menyatakan bahawa ia tidak mempunyai pengawasan terhadap pusat data, namun ia menjangkakan bank untuk mewujudkan perjanjian kontrak dengan penyedia pusat data yang menggabungkan keperluannya pada ketersediaan sistem.

Pihak berkuasa itu menambah bahawa ia memerlukan setiap bank untuk memastikan bahawa "sistem kritikal dan perkhidmatan kepada pelanggan mampu menangani gangguan".

Selain tempoh yang dihadkan terhadap masa perkhidmatan tergantung, pihak bank perlu adakan pusat-pusat data dan sistem sokongan.

Pihak bank juga perlu menguji sistem untuk memastikan sistem dan perkhidmatan dalam tempoh empat jam menyusuli sesuatu gangguan, kata MAS.

MAS mengiktiraf bahawa kedua-dua DBS dan Citibank mengaktifkan pusat data sokongan mereka apabila pusat data utama gagal berfungsi secara normal pada Sabtu.

Meskipun demikian, kedua-dua bank tidak dapat memulihkan sistem mereka dalam tempoh yang ditentukan.

"Memandangkan tiada sistem yang tiada kesalahan, kedua-dua bank dan para pelanggan seharusnya ada langkah-langkah kontigensi sekiranya perkhidmatan terganggu akibat masalah IT," kata MAS.

"Bank-bank terjejas melaksanakan langkah-langkah kontigensi seperti lanjutan waktu operasi dan aturan alternatif bagi urus niaga kad kredit untuk mengurangkan kesan ke atas para pelanggan," tambah MAS.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita