Skip to main content

Singapura

Gangguan kepada rantaian bekalan; kos pengangkutan laut naik hingga lima kali ganda

Kos menghantar barang menggunakan jalan laut kini 3 kali lebih mahal berbanding Oktober dan sehingga 5 kali lebih tinggi daripada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pakar industri berkata harga pengangkutan laut naik lagi antara 20 hingga 30 peratus sejak Oktober lalu.

Tahun lalu, kos itu naik lima kali di tengah-tengah jadual penghantaran dan penangguhan yang tidak menentu.

Firma seperti Hub Distributors melihat jadual penghantaran yang tidak menentu ekoran beberapa kesesakan dalam rantaian bekalan global.

Ini menyukarkan lagi usaha untuk membuat perancangan awal.

Keadaan itu mungkin memaksa syarikat tersebut menolak permintaan sebilangan pelanggannya kerana kekurangan sumber seperti pekerja di gudang.

Dengan lebih banyak kontena yang diurus di pelabuhan Singapura tahun ini, kelengahan kiriman boleh melepasi seminggu lebih lambat berbanding sebelumnya.

Harga penghantaran juga naik sehingga 30 peratus sejak Oktober.

Kos-kos tambahan ini dijangka menjejas rantaian bekalan.

Bagi pengedar makanan Lim Siang Huat, ia berpaut kepada usaha-usaha digital untuk mengelak kelengahan kiriman dan memastikan bekalan stabil untuk pelanggannya.

Sekiranya keadaan berlarutan, harga dijangka terus naik untuk pengguna.

Namun menurut PSA, ia melihat permintaan untuk khidmat 'mengejar semulanya' dan akan terus mempertahankan tahap perkhidmatan sementara memastikan kerahan sumber yang mencukupi.

Sumber : CNA/SY/NY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita