Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gangguan EWL: Bahagian landasan retak sudah diganti, ujian ketahanan kereta api sedang dijalankan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Sep 2024 01:36PM Dikemas Kini : 30 Sep 2024 09:04PM

SINGAPURA: Semua bahagian kereta api yang retak antara Clementi dengan Depo Ulu Pandan sudah digantikan. Ujian ketahanan kereta api sedang dijalankan di bahagian landasan Laluan Timur-Barat.

Dalam satu kemas kini mengenai perkembangan kerja-kerja baik pulih itu untuk menyambung semula khidmat antara stesen Jurong East dengan Buona Vista, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (30 Sep) menyatakan para kakitangan "sudah berhempas pulas sepanjang awal pagi".

"Ujian tekanan lokomotif, ujian rintangan penebat elektrik dan ujian litar landasan juga sudah selesai dijalankan," jelas LTA, sambil menambah bahawa rel ketiga tersebut juga sudah dipulihkan.

Ujian 'meggering' elektrik memastikan rel ketiga dan rel yang beroperasi itu terlindung secara elektrik, supaya bekalan tenaga cengkaman boleh dihidupkan dengan selamat.

Ujian tekanan lokomotif adalah penting untuk memastikan semua rel yang terjejas kukuh dan dikimpal dengan baik sebelum permulaan ujian ketahanan kereta api yang dimuatkan, kata LTA.

s
Gambar: SMRT


Ujian ketahanan melibatkan mengoperasikan kereta api yang dimuatkan penuh untuk merentasi landasan tersebut, dengan beg pasir digunakan supaya mensimulasikan berat gerabak kereta api yang dimuatkan penuh.

Dalam satu kemas kini yang berasingan pada pukul 10.15 pagi, SMRT menyatakan ujian ketahanan kereta api yang dimuatkan penuh sedang dijalankan. Pihak SMRT turut berkongsi beberapa gambar di sebalik tabir yang menunjukkan bahagian dalam gerabak kereta api penumpang, yang dipenuhi berpuluh-puluh beg pasir di atas lantai.

Pada mulanya, pihak berkuasa berharap dapat memulihkan perkhidmatan itu pada Isnin.

LTA dan pengendali kereta api SMRT kemudian terpaksa menangguhkannya kepada Selasa selepas keretakan baharu dikesan pada bahagian landasan kereta api yang tidak digantikan.

"Bagi memastikan keselamatan penumpang, SMRT perlu menangguhkan penyambungan semula khidmat kepada Selasa, berdasarkan keadaan cuaca dan setelah ujian menyeluruh diselesaikan," jelas Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat.

LTA dan SMRT menyatakan bahawa ujian menyeluruh akan dijalankan dan mereka akan memastikan keperluan khusus dipenuhi sebelum menyambung semula perkhidmatan penuh bagi penumpang.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan