Skip to main content

Singapura

Gangguan di tempat kerja kian meningkat; naik seganda berbanding tahun lalu

Jumlah kes gangguan di tempat kerja meningkat. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jan 2018 07:50PM Dikemas Kini : 07 Jan 2018 10:24PM

SINGAPURA: Jumlah kes gangguan di tempat kerja meningkat.

Pusat Kaunseling Singapura menyatakan jumlah kes yang ditanganinya setiap bulan naik seganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Para peguam berkata keadaan itu mungkin disebabkan tahap kesedaran yang kian meningkat.

Pihak kesatuan sekerja pula menggesa para majikan supaya bertindak jika menerima laporan mengenai kes-kes sedemikian.

Baru beberapa bulan memulakan kerja barunya, Jane, 28 tahun seorang peguam diganggu secara seksual oleh ketuanya.

Jane membuat aduan kepada jabatan sumber manusia tempat kerjanya.

Namun ketuanya kemudian terus mengganggunya.

Gangguan di tempat kerja termasuk mengancam, menggunakan bahasa kesat, menghina, membuli di alam siber dan yang bersifat seksual.

Semua perbuatan itu boleh dilaporkan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan.

Pakar-pakar berkata mereka melihat kenaikan jumlah kes gangguan di tempat kerja.

Pusat Kaunseling Singapura sebelum ini mengendalikan empat kes sedemikian sebulan sejak dua tahun lalu.

Tahun ini, jumlahnya naik seganda.

Para kaunselor berkata bukan mudah bagi mangsa untuk bersuara kerana bimbang ia menjejas periuk nasi mereka.

Oleh itu, Singapura melancarkan Nasihat Tiga Pihak Mengenai Pengurusan Gangguan di Tempat Kerja pada 2015 yang mengandungi senarai talian bantuan serta badan-badan relevan bagi mangsa mendapatkan bantuan.

Tetapi yang paling penting menurut para kaunselor adalah bagi mangsa-mangsa terus mengawal perasaan mereka agar tidak terlalu dihantui dengan insiden tersebut. 

Sumber : CNA/NF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita