Gangguan bekalan tenaga tumpuan Latihan SG Ready sempena Hari Pertahanan Mutlak 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 20 bangunan - termasuk Mahkamah Tinggi dan Gereja St Andrew - akan bergelap pada 15 Februari.
Ini adalah sebahagian simulasi serangan siber bagi Latihan SG Ready yang akan berlangsung pada Hari Pertahanan Mutlak.
Stesen MRT City Hall dan Hume juga akan menjalankan latihan gangguan bekalan elektrik sewaktu masa tidak beroperasi.
LATIHAN SG READY
Sebuah penjana mudah alih boleh menyalurkan tenaga elektrik kepada sehingga 400 keluarga HDB selama lapan jam.
Sekiranya bekalan elektrik terputus buat masa yang agak lama, ia boleh membantu rakyat Singapura buat sementara.
Penjana-penjana tersebut akan dikerahkan sewaktu Latihan SG Ready bulan depan.
Lebih 800 buah sekolah, perniagaan dan sektor pemerintah akan mengambil bahagian.
Timbalan Setiausaha Dasar Kementerian Pertahanan (MINDEF) BG Frederick Choo berkata: "Peristiwa-peristiwa di seluruh dunia mengingatkan kita, gangguan mungkin berlaku dan boleh berlaku kepada kita di sini di Singapura.
"Oleh itu, tahun ini, kami akan meneruskan Exercise SG Ready. Kami bermatlamat untuk menjalankan latihan pertahanan mutlak dan mengukuhkan daya tahan dan respons rakyat Singapura semasa kecemasan."
Tumpuan latihan tahun ini ialah gangguan bekalan daya tenaga.
Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menyatakan, walaupun Singapura ada antara sistem tenaga paling dipercayai di dunia, ia tidak boleh diambil ringan.
EMA memberi amaran serangan siber berpotensi memperkenalkan perisian hasad dan mengganggu prasarana-prasarana penting.
Timbalan Ketua Eksekutif, Bahagian Operasi Sistem Kuasa EMA, Soh Yap Choon berkata: "Ia juga penting bagi badan-badan untuk mempunyai pelan kesinambungan perniagaan demi memastikan perniagaan mereka dapat terus beroperasi. Mereka juga harus kerap menyemak dan menguji rancangan mereka untuk memastikan ia berkesan dan dikemas kini."
Pengendali pengangkutan SMRT akan melibatkan sekitar 300 sukarelawan akar umbi untuk menjalankan simulasi gangguan bekalan elektrik.
Para peserta akan turun dari kereta api dan berpindah melalui lorong kecemasan stesen MRT.
Kira-kira 200 perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan turut mengambil bahagian dalam satu latihan pancingan data antara 15 hingga 28 Februari.
Ini merupakan kali pertama Kementerian Pertahanan (MINDEF) bekerjasama dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) bagi menjalankan latihan sedemikian.

Sumber : CNA/NY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.