Gangguan bekalan elektrik di Pusat Pemeriksaan Woodlands sebabkan kesesakan & jejas proses pelepasan imigresen
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Telegram
SINGAPURA: Gangguan bekalan elektrik di Pusat Pemeriksaan Woodlands selama beberapa jam pada awal pagi Ahad (9 Okt) menjejas proses pelepasan imigresen.
Dalam catatan di Facebook pada pukul 1.15 pagi, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihati orang ramai yang hendak masuk atau keluar Singapura supaya menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas.
ICA juga menasihati para pemandu agar melungsuri laman web One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk mengetahui keadaan trafik di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Dalam satu lagi catatannya di Facebook pada pukul 5.30 pagi ICA menyatakan pelepasan imigresen dan bekalan tenaga elektrik sudah pulih.
Beberapa pengguna Facebook memuatnaik gambar-gambar keadaan trafik yang sesak dan barisan panjang kenderaan di luar Pusat Pemeriksaan Woodlands di bawah catatan ICA itu.
Beberapa orang pemandu yang tiba dari Malaysia juga berkata barisan kenderaan begitu panjang semasa hendak masuk ke Pusat Pemeriksaan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.