Gangguan aplikasi Grab pada Selasa 'akibat masalah prasarana'
Syarikat kereta sewa Grab mengalami gangguan besar terhadap aplikasinya malam semalam (3 Apr) yang menjejas para penumpang serta pemandu di beberapa negara Asia Tenggara.
Mesej mengenai gangguan tertera pada aplikasi Grab 3 April.
SINGAPURA: Syarikat kereta sewa Grab mengalami gangguan besar terhadap aplikasinya malam semalam (3 Apr) yang menjejas para penumpang serta pemandu di beberapa negara Asia Tenggara.
Para penumpang dan pemandu di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina meluahkan perasaan kecewa mereka di media sosial sejak 8.00 malam.
"Kami meminta maaf kepada para pengguna yang tidak dapat menggunakan khidmat kami (pada Selasa)," kata seorang jurucakap Grab.
"Aplikasi kami mengalami masalah akibat prasarana, dan penyedia prasarana pihak ketiga segera memperbaiki masalah di wadah-wadah mereka."
Sebelum itu, Grab menyatakan menerusi catatan Facebook pada 9.23 malam bahawa ia mengalami "gangguan perkhidmatan", sambil menambah: "Pasukan kami sedang bekerja keras memperbaikinya, dan kami sedang berusaha untuk menghuraikannya. Mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan terima kasih atas kesabaran anda."
Selepas berbulan-bulan khabar angin mengenai Uber menjual operasinya di Asia Tenggara, Grab pada bulan lalu mengumumkan perolehannya itu termasuk operasi Uber di Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, dalam apa yang dianggap perjanjian terbesar seumpamanya di rantau ini.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, syarikat Grab yang berpangkalan di Singapura akan menyepadukan khidmat penghantaran makanan Uber ke platformnya.Uber pula, yang berpangkalan di San Francisco, mendapat pertaruhan 27.5 peratus dalam khidmat itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.