Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gandingan 5 politeknik, SATS tambah bakat tempatan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Feb 2023 07:40PM Dikemas Kini : 07 Feb 2023 11:51PM
SINGAPURA: Kesemua lima politeknik tempatan dan Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Singapura (SATS) menjalin satu kerjasama baru.

Ia bertujuan menambah bakat tempatan dan menggalak pembelajaran sepanjang hayat.

Antara lain, ia juga akan menawarkan peluang pekerjaan bagi pelajar dalam sektor penerbangan, makanan dan perniagaan.

Latihan juga akan disediakan bagi kakitangan dan tenaga pengajar politeknik.

Di bawah perjanjian tersebut, lebih banyak peranan akan ditawarkan bagi program bekerja sambil belajar.

Misalnya dalam bidang-bidang seperti pemakanan, kemampanan dan keselamatan siber.

SATS menetapkan sasaran untuk menggandakan jumlah pelatih amali yang diambilnya kepada sekitar 300 pelajar.

Kerjasama tersebut akan membolehkan pelajar untuk mengamalkan ilmu pengetahuan mereka kepada keadaan sebenar.
Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan