Gambar Pilihan Hari Ini
Seorang jurugambar baru-baru ini berpeluang memetik gambar burung Javan Myna berwarna putih di Choa Chu Kang.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang jurugambar baru-baru ini berpeluang memetik gambar burung Javan Myna berwarna putih di Choa Chu Kang.
Burung Javan Myna yang sering dilihat di Singapura biasanya berwarna hitam.
Namun burung tersebut sebaliknya berwarna putih yang mungkin disebabkan oleh mutasi genetik.
Menurut catatan Facebook kumpulan pencinta haiwan Singapore Wildlife Sightings, burung sedemikian 'sangat sukar ditemui'.
Baru-baru ini juga, beberapa ekor burung 'yang sukar ditemui' sudah 'bertandang' ke Singapura.
Pada minggu lalu, seekor burung helang belalang (Peregrine falcon) dilihat bersarang buat kali pertama di Singapura - di tengah-tengah pusat bandar, di satu ceruk tinggi di Pusat OCBC di Chulia Street.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.