Gambar Pilihan Hari Ini
Burung belatuk biasanya akan bersarang di kawasan hutan, jauh daripada aktiviti manusia.

(Gambar: Facebook/Singapore Wildlife Sightings @Fuad Rahman)
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berpeluang melihat seekor burung belatuk bersarang pada pokok di salah sebuah estet perumahan di Singapura.
Perkongsian oleh pengguna Facebook, Fuad Rahman di akaun 'Singapore Wildlife Sightings' turut menarik perhatian para netizen.
Dalam ruangan komen, para netizen rata-rata berkata ia adalah sesuatu yang jarang dilihat di sini.
Namun, ada juga yang berkata ia tempat berbahaya untuk burung itu bersarang kerana pokok itu sudah 'botak' dan mungkin akan ditebang tidak lama lagi.
Malah, ada yang menyarankan agar pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kehadiran sarang burung itu agar pihak berkuasa tidak menebang pokok tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.