Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Baey Yam Keng/Facebook
SINGAPURA: Patung harimau ikonik ini semestinya tidak asing, terutama sekali bagi para penduduk Tampines.
Manakan tidak, ia sudah sekian lama tercegat di hadapan stesen petrol Esso di Tampines Ave 7.
Ia salah satu daripada hanya dua patung harimau Esso yang ada di Singapura, dengan sejarah hampir 30 tahun!
Baru-baru ini, patung tersebut diumumkan sudah berpindah ke 'rumah' baharu menyusuli penutupan stesen petrol di Tampines Ave 7, bahkan di Tampines juga.
Demikian dikongsi AP GRC Tampines Baey Yam Keng menerusi satu catatan di Facebooknya pada Sabtu (25 Nov).
Kini, para pelanggan stesen petrol Esso di Tampines Ave 9 akan disantuni oleh patung itu, sepertimana yang ditampilkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.