Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gara-gara warnanya merah terang benderang, flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru di Tampines, GreenVines tular di ruang media sosial baru-baru ini.

Manakan tidak, ramai penduduk flat Blok 640B di Tampines Street 62 menyifatkan estetik flat tersebut sebagai "menyeramkan" dan "tidak menyenangkan". Ini memandangkan di mana-mana sudut blok tersebut, sepertimana yang ditampilkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini, kelihatan seolah-olah seperti sebuah set pengambaran filem seram.

Bahkan, ia turut mendapat perhatian Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng, yang sedia maklum mengenai maklum balas para penduduk.

Beliau memberitahu Mediacorp bahawa lebih separuh daripada penduduk di blok-blok yang berwarna merah enggan mengekalkan skim warna tersebut.

Difahamkan bahawa Encik Baey sudah berbincang dengan pihak Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tentang kemungkinan perubahan kepada penampilan estet tersebut, sambil menambah bahawa perubahan demikian perlu diselaraskan dengan kesemua blok dalam projek yang sama.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan