Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gallop Stable sumbang lebih S$13,700 kepada Nur Insan, hasil untung di Bazar Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya 40 murid madrasah Nur Insan dari cawangan Yishun berpeluang menikmati pengalaman menunggang kuda padi sempena cuti sekolah ini.

Aktiviti itu yang berlangsung pada Khamis (7 Sep) adalah anjuran Gallop Stable yang turut mendermakan seratus peratus hasil keuntungan tarikan menunggang kuda kendaliannya di Bazar Raya Geylang Serai pada Ramadan lalu.

Selain kegiatan itu yang diadakan secara percuma, pihak Gallop Stable turut menyampaikan cek berjumlah S$13,733 kepada Nur Insan.

Ia hasil keuntungan yang diraih sewaktu mengendalikan tarikan menunggang kuda padi di Bazar Raya Geylang Serai pada Ramadan lalu.

Menurut Gallop Stable, ia ingin menyumbang kembali kepada masyarakat atas sokongan kukuh masyarakat Melayu/Islam selama operasinya sepanjang 20 tahun.

A

"Dana ini adalah daripada acara menunggang kuda dan kuda padi di Bazar Geylang. Kami sudah kumpulkan kesemua dana yang diraih dan mendermanya. Seratus peratus daripada keuntungan kami sudah kami dermakan. Jadi, kami tidak mengambil satu sen pun daripada keuntungan acara itu," kata Pengarah Operasi Gallop Stable Encik Bell R.

Presiden Nur Insan, Muhammad Farris, berbesar hati dan bersyukur atas sumbangan yang diterima..

"Sumbangan ini dapat membantu kami untuk meneruskan usaha kami untuk lebih memartabatkan pendidikan Islam untuk anak-anak kami agar mereka dapat membesar dengan nilai-nilai yang lebih baik. Kami bersyukur kepada pihak Enniche dan juga Gallop Stable kerana memberikan pendedahan kepada anak-anak kami untuk mencuba kuda-kuda padi" kata Encik Muhammad Farris.

Selain menunggang kuda, kanak-kanak itu juga diberi peluang memberi makan, mempelajari tentang kuda-kuda dan cara-cara untuk mendandan kuda-kuda di situ.

Para peserta teruja dengan pengalaman baru itu.

A

"Ini kali pertama saya naik kuda padi dan saya rasa seronok. Saya mahu datang sini lagi," kata Haidatul Aadliena Abdul Razak.

Pasha Al-Syaqeer Imam Shudy pula merasa gembira dapat memberi kuda-kuda di situ makan.

"Saya berasa bangga kerana saya boleh memberikan makanan boleh menaiki kuda padi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Gallop dan Nur Insan atas pengalaman ini," kata beliau.

Ada juga yang ingin kembali lagi ke Gallop Stable.

"Saya sangat gembira dan seronok dan saya juga ingin kembali ke sini atau ke tempat-tempat lain yang ada kuda bersama keluarga saya," kata Hadaitun Alawieyah Abdul Razak.

Gallop Stable berharap usaha murni itu dapat diperluaskan untuk membantu lebih ramai anggota masyarakat.

A

"Kami sudah ada perancangan dan sudah bekerjasama dengan masyarakat memandang ke hadapan. Kami ingin kekalkan pendirian dengan falsafah kami iaitu untuk memberi kembali kepada masyarakat, membuat menunggang kuda kekal dimampui, menyelamatkan kuda serta memberi peluang kepada golongan kurang upaya untuk menaiki kuda," kata Encik Bell R.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan