Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Galeri pertama iktiraf sumbangan pekerja hijrahan dibuka kepada orang ramai

Galeri pertama yang memberi penghargaan kepada para pekerja hijrahan tempatan mula dibuka hari ini (30 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jun 2022 07:57PM Dikemas Kini : 30 Jun 2022 09:22PM
SINGAPURA: Galeri pertama yang memberi penghargaan kepada para pekerja hijrahan tempatan mula dibuka hari ini (30 Jun).

Selain memaparkan kisah dan sumbangan golongan pekerja itu kepada Singapura, Galeri Pekerja Hijrahan Kita itu juga mahu menggalak lebih ramai anggota masyarakat, termasuk belia, supaya memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong dan menjaga mereka.

Galeri tersebut meliputi empat zon yang menampilkan lebih 150 gambar.

Salah satu zon menceritakan aspirasi mereka manakala satu lagi zon memberi penghargaan kepada sumbangan mereka dalam usaha Singapura memerangi pandemik COVID-19.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berharap untuk menganjurkan lawatan berpandu bagi mendidik para pelajar.

Selain itu, ia merancang untuk bekerjasama dengan industri dan kumpulan-kumpulan sukarelawan bagi meningkatkan mutu penginapan bagi para pekerja hijrahan.

MOM juga mahu melancarkan lebih banyak inisiatif bagi menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan mereka.

Semasa menghadiri pelancaran galeri tersebut, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng menekankan bahawa keselamatan di tempat kerja mesti diutamakan.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan see Leng berkata: "Saya berasa kita juga boleh menggesa semua syarikat, industri dan majikan supaya benar-benar meneliti segalanya dan memastikan semuanya dilakukan agar tapak kerja selamat untuk semua pekerja kita, tidak kira mereka pekerja tempatan atau hijrahan."
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan