Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Galeri Nasional Singapura pamer karya pelajar 21 sekolah pendidikan khas buat julung-julung kali

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Aug 2022 07:59PM Dikemas Kini : 17 Aug 2022 08:43PM
SINGAPURA: Pameran baru di Galeri Nasional Singapura diharap dapat membantu rakyat tempatan lebih memahami keupayaan kanak-kanak dan belia berkeperluan khas.

Ia dilakukan dengan mempamerkan karya-karya mereka.

Pameran "Expressions Through Art" menampilkan lukisan, arca dan seni tanah liat yang dihasilkan pelajar dari 21 sekolah pendidikan khas.

Presiden Halimah Yacob menghadiri pembukaan pameran ini bersama-sama bakat-bakat muda itu serta Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman.

Menurut Dr Maliki, pameran dilakukan di Galeri Nasional Singapura, di mana ramai artis antarabangsa seringkali mempamerkan hasil karya mereka, memberi satu penghargaan kepada kanak-kanak serta belia yang berkepeluan khas untuk menunjukkan karya mereka di tapak yang sama.

"Saya menggalakkan lebih ramai warga Singapura untuk datang ke mari melihat karya-karya ini dan sama-samalah kita menghargai kebolehan anak-anak ini," tambah beliau lagi.

Penganjur pameran, Singtel, berharap pengunjung kelak menjadi lebih peka mengani cita-cita dan bakat pelajar berkeperluan khas.

Pameran tersebut berlangsung sehingga 28 Ogos.
Sumber : CNA/ZA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan