Galeri Nasional SG muzium pertama dunia diiktiraf Pusat Kecemerlangan Seni Penyembuhan
Anggaran Waktu Membaca:
Galeri Nasional Singapura diiktiraf kerana menyepadukan seni ke dalam kesihatan dan kesejahteraan awam, menjadikannya muzium pertama di dunia yang ditauliah sebagai Pusat Kecemerlangan Seni Penyembuhan.
Pentauliahan yang diberikan oleh Makmal Seni & Kesihatan Jameel dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menempatkan galeri itu sebaris dengan institusi kebudayaan global seperti Carnegie Hall di New York dan Scottish Ballet.
Galeri Nasional dinilai berdasarkan kriteria yang merangkumi pasukannya yang berdedikasi dan sokongan berterusan untuk masyarakat yang kurang menerima perkhidmatan.
Salah satu programnya yang menyerlah ialah Slow Art, yang menggalak pengunjung memerhati dan melibatkan diri secara sukarela dengan karya seni.
Muzium itu juga mempamerkan koleksi sentuhan dan mengadakan lawatan yang disesuaikan bagi pengunjung buta dan mempunyai tahap penglihatan rendah, serta program yang direka untuk orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka.
Program Slow Art muzium itu menggalak pengunjung memerhati dan melibatkan diri dengan karya seni.
Malah ada juga "bilik tenang" yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pengunjung neurodivergen.
Dilengkapi dengan ciri-ciri mesra deria seperti selimut berat (weighted) dan lampu yang boleh disesuaikan dengan rona yang menenangkan, bilik tersebut menyediakan ruang untuk pengunjung mengawal emosi mereka dan melegakan tekanan semasa lawatan muzium mereka.
Inisiatif sedemikian menyumbang kepada pemilihannya sebagai pusat kecemerlangan.
Bilik tenang muzium itu menawarkan ruang untuk pengunjung menenangkan emosi mereka dan melegakan tekanan semasa lawatan mereka.
Dr Stephen Stapleton, pengarah bersama pengasas Makmal Seni & Kesihatan Jameel, berkata pentauliahan Galeri Nasional mendapat sokongan makmal dan WHO.
Dilancarkan pada 2023, Makmal Seni & Kesihatan Jameel ialah inisiatif global yang menyelidik dan menggalak penyepaduan seni ke dalam jagaan kesihatan awam dan klinikal.
Ia diasaskan bersama oleh Pejabat Serantau WHO untuk Eropah, Sekolah Kebudayaan, Pendidikan dan Pembangunan Manusia Steinhardt di Universiti New York, pertubuhan filantropi Saudi Community Jameel dan perusahaan sosial British Culturunners.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.