Galeri Nasional sasar capai pelepasan sifar bersih jelang 2045
Anggaran Waktu Membaca:

Galeri Nasional Singapura. (Gambar: Nadia Jansen Hassan)
SINGAPURA: Galeri Nasional Singapura akan memulakan usaha mengurangkan pelepasan karbon.
Ia menetapkan sasaran pelepasan sifar bersih sebelum 2045, dengan sekurang-kurangnya 60 peratus penjimatan daya tenaga menjelang 2025.
Galeri itu mendapatkan khidmat syarikat perisian Envision Digital untuk membantunya mencapai matlamat tersebut.
Kerjasama itu diumumkan di satu acara di Galeri Nasional, pada Rabu (8 Feb) yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat selaku tetamu terhormat.
Bangunan City Hall dan bekas tapak Mahkamah Tinggi itu akan menggunakan teknologi untuk mengesan jejak karbonnya.
Kakitangannya pula akan dilatih untuk membantu mengurangkan penggunaan daya tenaga.
Envision Digital juga sedang melaksanakan beberapa projek mesra alam yang lain.
Syarikat tersebut bakal menubuhkan sebuah hab kajian dan inovasi untuk menggalak kemampanan dalam sektor kewangan hijau, pengangkutan dan hartanah.
Envision Digital juga sedang bekerjasama dengan PSA International untuk membina komponen-komponen kenderaan elektrik serta bateri penyimpanan daya tenaga.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.