Galeri masyarakat seni budaya Cina dibuka di Kelab Masyarakat Kreta Ayer
Kawasan Kreta Ayer terkenal sebagai tapak seni kebudayaan Cina, sejak para pendatang dari China ke sini pada tahun-tahun 1820-an. Anda kini berpeluang menikmati opera, muzik dan pertunjukan boneka Cina apabila Kelab Masyarakat Kreta Ayer, dibuka Ahad ini (14 Jul).

SINGAPURA: Kawasan Kreta Ayer terkenal sebagai tapak seni kebudayaan Cina, sejak para pendatang dari China ke sini pada tahun-tahun 1820-an.
Anda kini berpeluang menikmati opera, muzik dan pertunjukan boneka Cina apabila Kelab Masyarakat Kreta Ayer, dibuka Ahad ini (14 Jul).
Ia akan menjadi galeri masyarakat pertama Lembaga Warisan Negara (NHB) yang tertumpu kepada warisan budaya yang tidak ketara.
Seluas 100 meter persegi, galeri tersebut menempatkan lebih 120 artifak dengan separuh daripadanya adalah sumbangan para seniman dan penduduk.
"Kami berharap unsur-unsur warisan budaya tidak ketara masyarakat Cina boleh diakses oleh orang ramai dan melalui program-program akan datang, kami berharap dapat memudahkan penghantaran budaya, elemen budaya ini kepada pelajar-pelajar dan orang ramai," kongsi timbalan pengarah Pendidikan & Pendampingan NHB, Norsaleen Salleh.
Selain persembahan opera, para pengunjung juga boleh cuba menulis kaligrafi Cina.
"Saya kali pertama mencuba kaligrafi Cina bila di Jepun dan apabila saya kembali ke Singapura saya berjumpa dengan cikgu saya Encik Yong dan sejak itu sudah 10 tahun saya belajar seni kaligrafi Cina dengan cikgu saya," kata seorang penulis kaligrafi Cina, Malik Mazlan.
NHB sedang bekerjasama dengan Persatuan Serani untuk membuka sebuah lagi galeri masyarakat, hujung tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.