Skip to main content

Singapura

Galeri masyarakat pertama Pelan Warisan SG Kita, dibuka di Wisma Geylang Serai

Sempena perasmian Wisma Geylang Serai petang Sabtu (26 Jan), galeri masyarakat pertama di bawah Pelan Warisan SG Kita, juga membuka pintunya di WSG.

Anggaran Waktu Membaca:
Galeri masyarakat pertama Pelan Warisan SG Kita, dibuka di Wisma Geylang Serai
Diterbitkan : 26 Jan 2019 05:26PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 05:32PM

SINGAPURA: Sempena perasmian Wisma Geylang Serai petang Sabtu (26 Jan), galeri masyarakat pertama di bawah Pelan Warisan SG Kita, juga membuka pintunya di WSG.

Melalui pelan itu, NHB berharap dapat menyemai rasa bangga terhadap warisan dan nilai-nilai yang menjadikan kita warga Singapura.

Maka itu, ia mengalu-alukan lebih banyak sumbangan masyarakat bagi koleksinya mengenai salah satu penempatan Melayu tertua di Singapura ini.

Galeri Warisan Geylang Serai itu adalah satu lagi langkah ke arah menyemarakkan lagi budaya dan jati diri masyarakat Melayu di Singapura.

Encik Jafaar Shafaat dan Cik Rosni Hassin, kedua-duanya bekas penduduk Geylang Serai berkongsi gambar dan kenangan tinggal di kawasan itu dengan harapan kisah sejarahnya tidak hilang ditelan zaman, malah kekal segar di hati penduduk terutama generasi muda.

"Kenangan manis yang paling saya ingat sekali ialah sewaktu saya kanak-kanak, di mana saya selalu dapat bertemu dengan mereka yang datang dari tenggara Asia ini dan membawa cerita-cerita mereka," kata Encik Jaafar Shafaat.

"Bagaimana saya hidup waktu di kampung dan saya harap itu akan menjadi satu sandaran untuk generasi-generasi akan datang mengetahui bahawa selain daripada tempat-tempat yang cantik, kita ada kampung yang penuh dengan pokok, dengan suasana yang amat sejuk dan nyaman," menurut Encik Rosni Hassin pula. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita