Galeri Asia Tenggara di Galeri Nasional SG akan ditutup mulai April bagi kerja ubah suai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Galeri Asia Tenggara di Galeri Nasional Singapura (NGS) akan menjalani kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran mulai 1 April 2026, menjelang pembukaan semula yang dirancang pada November 2027.
Semasa tempoh ini, semua galeri di Tingkat 3, 4 dan 5 Sayap Bekas Tapak Mahkamah Agung akan ditutup kepada orang awam. Ini termasuk Perpustakaan Rotunda di Tingkat 3 dan Teater UOB di Tingkat 5.
Penggemar seni pasti teruja untuk mendapat tahu bahawa sebuah galeri sementara yang lebih kecil, dan menampilkan sorotan terpilih, akan dibuka bermula Oktober 2026.
Ini bagi terus menawarkan akses kepada pengunjung ke sebahagian koleksi itu.
Ruang-ruang lain di Sayap Bekas Tapak Mahkamah Agung juga akan kekal terbuka semasa kerja-kerja pembaharuan dijalankan.
Galeri Asia Tenggara UOB mempamerkan karya-karya oleh seniman dari seluruh rantau, termasuk perintis Indonesia Raden Saleh dan seniman Thailand Phra Soralaklikhit, yang karyanya merentasi abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Menurut Patrick Flores, Ketua Kurator NGS, pengubahsuaian tersebut adalah sebahagian daripada pembaharuan berterusan yang bertujuan untuk memberi khidmat lebih baik kepada pengunjung pada tahun-tahun akan datang.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.