Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Galak kanak-kanak prasekolah jadikan kesukarelawanan sebagai gaya hidup

Menggalak kanak-kanak prasekolah untuk menjadikan kesukarelawanan sebagai gaya hidup adalah matlamat satu inisiatif yang dilancarkan hari ini (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Galak kanak-kanak prasekolah jadikan kesukarelawanan sebagai gaya hidup

Kanak-kanak di My First Skool NTUC di Edgefield Plains. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 04:19PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 05:16PM

SINGAPURA: Menggalak kanak-kanak prasekolah untuk menjadikan kesukarelawanan sebagai gaya hidup adalah matlamat satu inisiatif yang dilancarkan hari ini (12 Apr).

Gerakan 'Start Small Dream Big' (Bermula Kecil-kecilan, Bercita-cita Besar) itu menghimpunkan hampir 40,000 kanak-kanak dari lebih 670 prasekolah yang menyertai inisiatif tersebut tahun ini.

Ini melebihi lima kali ganda jumlah kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara larian yang pertama kali diadakan pada tahun 2015.

Tema tahun ini adalah 'Caring for Others Together' (Bersama-sama Saling Menyayangi) dan ia diharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mewujudkan budaya bertimbang rasa dan ingin menyumbang semula kepada masyarakat menerusi sifat saling menyayangi dan baik budi setiap hari.

Ini sejajar dengan gerakan SG Cares, yang menggalak rakyat Singapura supaya melibatkan diri untuk mewujudkan masyarakat bersifat ihsan dan inklusif.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee, mengadakan lawatan ke prasekolah My First Skool di 10 Jurong West hari ini (12 Apr) untuk memberikan sokongan kepada pelancaran projek 'Start Small Dream Big'.

My First Skool menyumbang kepada gerakan itu dengan menghasilkan buku cerita untuk kanak-kanak.

"Pendidikan prasekolah yang baik bukan hanya mempersiap kanak-kanak bagi sistem pendidikan nasional dari segi mengajar mereka bagaimana untuk membaca, menulis dan mengira. Yang penting kami mahu prasekolah supaya lebih menyeluruh. Pendidikan mesti menyeluruh dan menerapkan nilai-nilai, menjadi penduduk yang aktif, bersifat ihsan, saling menyayangi, ini adalah perkara penting dalam pendidikan prasekolah," kata Encik Lee.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan