Skip to main content

Singapura

Gajikan pekerja hijrahan sebagai pemandu bas sekolah bukan huraian jangka panjang

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Aug 2023 07:38PM Dikemas Kini : 06 Aug 2023 09:48PM
SINGAPURA: Membenarkan para pengendali bas sekolah menggajikan lebih ramai pemandu hijrahan dapat memenuhi permintaan jangka pendek.

Namun, ia tidak akan menghuraikan masalah jangka panjang yang dihadapi industri itu.

Sejak Jun, 14 syarikat pengangkutan sudah diberi izin mengambil pekerja hijrahan tambahan, melebihi kuota yang dibenarkan.

Kementerian Pendidikan (MOE) turut mempertimbangkan untuk memberi lebih banyak kelulusan.

Syarikat pengendali bas Tong Tar mengangkut pelajar di 13 buah sekolah.

Sejak diberi izin menggajikan lebih ramai pekerja asing, ia dapat menggantikan pemandu yang bersara.

Bahkan, bas-bas yang dulunya tersadai, kini boleh kembali beroperasi.

Namun, pengecualian kuota di bawah undang-undang buruh akan berakhir pada hujung 2025.

Pemandu bas warga asing pula boleh bekerja hanya untuk tempoh dua tahun.

Maka, industri tersebut akan sekali lagi menghadapi kekurangan tenaga kerja.

Pada masa yang sama, para pengendali juga masih berdepan tekanan kos lain seperti harga minyak yang tidak menentu.

Kos yang meningkat turut menjejas keuntungan yang diraih.

Ini bermakna, tambang bas sekolah mungkin terpaksa dinaikkan lagi.
 
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita