Gaji tahunan CEO SIA naik 88% kepada S$6.73 juta
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Tang See Kit)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mencatat keuntungan yang pecah rekod tahun ini selepas berjaya bangkit daripada pandemik COVID-19. Sejajar dengan itu, gaji ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu juga dinaikkan.
Gaji tahunan Encik Goh Choon Phong bagi tahun kewangan 2022/23 kini ialah S$6.73 juta, iaitu kenaikan 88 peratus daripada S$3.59 juta pada tahun lalu.
Demikian menurut laporan tahunan syarikat itu yang dikeluarkan pada Rabu (28 Jun).
Pakej gaji tahunannya itu termasuk gaji asas sebanyak S$1.14 juta, bonus S$2.96 juta, serta peruntukan saham dan faedah bernilai S$2.63 juta.
Dirangsang oleh pemulihan dalam permintaan pelancongan, SIA melaporkan keuntungan bersih berjumlah S$2.16 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac, berbanding kerugian yang dicatat pada 2022 sebanyak S$962 juta .
Prestasi memberangsang itu, yang juga satu rekod dalam sejarahnya sejak 76 tahun lalu, mengatasi kerugian tiga tahun berturut-turut akibat pandemik.
Sejajr dengan itu, SIA juga mengumumkan bulan lalu bahawa kakitangan yang layak akan menerima bonus sekitar lapan bulan sebagai mengikitiraf "dedikasi, kerja keras dan pengorbanan mereka, termasuk pemotongan gaji" ketika pandemik.

SIA juga telah mengisytiharkan dividen akhir sebanyak S$0.28 sesaham – jumlah yang digambarkan oleh penganalisis pasaran sebagai “murah hati” dan menyokong sentimen pelabur. Termasuk dividen sementara sebanyak S$0.10 setiap saham, jumlah pembayaran dividen bagi tahun kewangan ini berjumlah S$0.38 sesaham.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.