Skip to main content

Singapura

Gaji sebenar di SG naik 0.4% tahun lalu; serupa dengan 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gaji di Singapura meningkat 0.4 peratus pada 2023 selepas mengambil kira inflasi, kadar pertumbuhan yang sama seperti pada 2022, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (25 Jun).

Pada 2021, gaji sebenar meningkat 1.6 peratus. Selain naik sedikit pada tahun itu, pertumbuhan gaji sebenar merosot sejak 2018.

Jumlah gaji nominal pekerja tempatan sepenuh masa yang telah bersama majikan yang sama selama sekurang-kurangnya setahun meningkat 5.2 peratus tahun lalu, pada rentak yang lebih perlahan berbanding 6.5 peratus pada 2022.

Namun kenaikan itu kecil sedikit pada 7.2 peratus berbanding 7.9 peratus yang dicatatkan pada 2022,selepas mengambil kira inflasi.

65 peratus perniagaan memberikan kenaikan gaji, kurang daripada 72 peratus yang berbuat demikian pada 2022.

Syarikat-syarikat yang memberikan kenaikan gaji juga semakin berkurangan ekoran keuntungan yang lebih lemah.

Lebih banyak perniagaan turut mengurangkan gaji, terutama daripada bonus pekerja, manakala hampir 28 peratus mengekalkan gaji pekerja mereka.

Sektor khidmat penginapan dan hartanah adalah antara yang memberikan kenaikan gaji.

Gaji dalam sektor itu meningkat paling banyak pada 8 peratus.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menjangkakan gaji dalam khidmat F&B dan perdagangan runcit akan terus berkembang, ekoran pengembangan Model Gaji Progresif.

JANGKAAN PERTUMBUHAN GAJI PADA 2024

Memandang ke hadapan, pasaran pekerjaan dijangka kekal sengit dan terdapat permintaan kukuh bagi karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen dalam industri-industri seperti infokom, perkhidmatan kewangan, khidmat profesional dan khidmat kesihatan dan sosial, menurut kementerian itu.

"Perkembangan itu boleh merangsang pertumbuhan gaji yang lebih tinggi dalam sektor-sektor ini pada 2024 berbanding 2023. Namun, dengan persekitaran perniagaan yang serba tidak menentu, syarikat-syarikat mungkin mengambil pendirian yang lebih berhati-hati berhubung kenaikan gaji," jelas MOM.

Tinjauan pada suku pertama tahun ini menunjukkan bahawa bilangan firma yang berhasrat untuk menaikkan gaji pekerja mereka dalam tempoh tiga bulan akan datang, sudah berkurangan.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita