Skip to main content

Singapura

Gaji petugas jagaan kesihatan awam bakal dinaikkan sehingga 7%

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Mar 2025 04:20PM Dikemas Kini : 27 Mar 2025 09:08PM
SINGAPURA: Gaji bagi sekitar 63,000 petugas jagaan kesihatan awam di Singapura akan dinaikkan sehingga 7 peratus dalam tahun ini.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (27 Mac).

Mulai 1 Julai, 37,000 karyawan kesihatan bersepadu, petugas farmasi, dan kakitangan pentadbiran, tambahan serta sokongan akan menerima kenaikan gaji sehingga 7 peratus kepada gaji asas mereka, menurut MOH dalam satu kenyataan media.

Selain itu, gaji asas 26,000 jururawat jagaan kesihatan awam akan dinaikkan sehingga 4 peratus. Ini untuk "mengikuti perkembangan trend pasaran", menurut MOH.

"Penyesuaian-penyesuaian ini selain daripada pengenalan skim Anugerah Kesantunan, Kecemerlangan, dan Kesetiaan Jururawat pada September 2024," menurut MOH.

Kenaikan gaji itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung awal tahun ini.

MOH menambah kakitangan jagaan kesihatan "akan terus menerima kenaikan gaji tahunan, yang bertujuan memastikan gaji mengikut perkembangan inflasi".

"Dengan kenaikan gaji ini, yang melebihi kenaikan tahunan, kami akan mengupaya sektor jagaan kesihatan awam untuk menarik dan mengekalkan kakitangan dengan lebih baik," menurut kementerian itu.
Sumber : CNA/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita