Skip to main content

Singapura

Gaji pemandu lori pembersihan, pengutip sampah naik mulai 1 Julai

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jun 2023 07:05PM Dikemas Kini : 30 Jun 2023 08:46PM
SINGAPURA: Para pemandu lori penyenggaraan dalam sektor pembersihan akan menyaksikan kenaikan dalam gaji mereka menyusuli semakan pada Model Gaji Progresif (PWM) bagi industri berkenaan.

Mulai bulan depan, para pemandu tersebut akan menerima kenaikan gaji $210 setiap tahun sehingga tahun 2028.

Pada masa yang sama, PWM bagi sektor pengurusan sisa juga bermula.

Ini akan memberi manfaat kepada sekitar 3,000 pekerja terutama kakitangan kutip sampah yang baru masuk kerja.

Mereka akan menyaksikan gaji bulanan naik daripada $2,200 kepada lebih $3,200 dalam tempoh lima tahun.

Bagi syarikat pengurusan sampah seperti Junk to Clear, kos mengambil pekerja yang semakin tinggi juga bermakna mereka perlu lebih cekap.

Ia sedang bekerjasama dengan para pelanggan untuk mengatur barang-barang mana yang boleh dibuang serta berapa banyak tenaga kerja yang diperlukan.

Ini turut meliputi kenderaan mana yang boleh digunakan.

Sementara itu, Persatuan Pengurusan Sisa dan Kitar Semula Singapura (WMRAS) sangat mengalu-alukan semakan PWM ini.

Ia percaya para pekerja dapat meraih manfaat daripada kemajuan kerjaya yang lebih jelas.

Namun, WMRAS menggesa pemerintah, pengguna dan kesatuan sekerja untuk menyokong kenaikan gaji ini bagi memastikan sektor pengurusan sisa tempatan yang mampan.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita