Gaji pekerja PWM harus setaraf dengan gaji siswazah: NMP Raj Thomas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Roslan Rahman/AFP
SINGAPURA: Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Raj Thomas menyeru pemerintah, menetapkan matlamat jangka panjang agar gaji pekerja di bawah Model Gaji Progresif (PWM) setaraf dengan gaji lulusan universiti.
Beliau mengemukakan saranan tersebut dengan harapan ia akan membantu pekerja dalam sektor PWM supaya membawa pulang gaji lebih tinggi dan lebih dihormati masyarakat.
"Walaupun laporan Melakar Hala Tuju Singapura menangani isu menambah ganjaran, ia tidak menyentuh tentang cara meningkatkan rasa hormat.
"Selain menggalakkannya melalui bentuk pujukan moral, menetapkan purata gaji pekerjaan biasa dengan graduan baru akan memberikan petunjuk lebih nyata bahawa kedua-dua kategori pekerjaan ini sama-sama layak dihormati dan diharap mencetuskan peralihan budaya dalam cara masyarakat memandang pekerjaan-pekerjaan ini," kata Encik Thomas.
Sementara itu, Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast Cheryl Chan pula menarik perhatian,
sedang Singapura membuat persiapan untuk beralih ke ekonomi digital dan hijau, ia juga penting untuk menyiapkan rakyat bagi pekerjaan sedemikian pada masa akan datang.
"Saya sokong sepenuhnya tumpuan ekonomi masa depan kita seperti membuat persiapan bagi peralihan digital dan hijau, terus meningkatkan rantaian nilai dan mencari bidang-bidang khusus di mana kita lebih berdaya saing di peringkat global dan berbeza," kata Cik Chan.
"Namun sedang kita berusaha ke arah inovasi, dan ia penting, keupayaan untuk membayangkan masa depan ekonomi Singapura yang memaparkan harapan dan kemungkinan juga penting bagi semua segmen pekerja yang akan memacu ekonomi kita," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.