Gaji pekerja khidmat makanan akan dinaikkan mulai 1 Mac di bawah Model Gaji Progresif
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Gaji bagi para pekerja dalam industri khidmat makanan akan dinaikkan sepanjang tempoh tiga tahun di bawah Model Gaji Progresif (PWM).
Mulai 1 Mac, kira-kira 12,000 pekerja sepenuh masa yang berpendapatan rendah akan menyaksikan gaji mereka dinaikkan kepada sekurang-kurangnya gaji PWM peringkat baru mula bekerja, iaitu S$1,750. Ia akan dinaikkan sebanyak S$165 setiap tahun dan mencecah S$2,080 pada 2025 - kenaikan 19 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Saranan berkaitan gaji itu diumumkan pada Rabu (15 Feb) oleh Industri Kelompok Tiga Pihak bagi Khidmat Makanan (TCF), yang diterajui oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan dipengerusikan bersama oleh Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF).
Model gaji progresif diguna pakai bagi majikan khidmat makanan yang menggajikan pekerja hijrahan.
Ia akan merangkumi kira-kira 41,000 pekerja khidmat makanan tempatan sepenuh masa dan sambilan, seperti cef, pembantu dapur dan pelayan. Daripada jumlah tersebut, 17,000 merupakan pekerja bergaji rendah.
Saranan berkaitan gaji itu dibahagikan kepada dua kategori. Kategori A merangkumi perniagaan makanan segera dan pasar raya yang mempunyai stesen makan, manakala Kategori B pula adalah bagi restoran, khidmat katering dan dapur pusat yang menyediakan khidmat penuh.
Pembantu gerai makanan atau minuman dalam Kategori A harus dibayar gaji sekurang-kurangnya S$1,750 sebulan mulai 1 Mac, manakala restoran atau khidmat katering dalam Kategori B perlu membayar gaji pembantu dapur sekurang-kurangnya S$1,850 sebulan.
Jumlah ini termasuk elaun makanan atau pengangkutan dan insentif, kecuali bayaran sekiranya bekerja lebih masa.
Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata, Pemerintah berbesar hati untuk menerima saranan-saranan yang diusulkan TCF bagi meningkatkan hasil para pekerja dan mengasah kemahiran mereka.
“Sebagai warga Singapura, makanan amat dekat dengan hati kita dan apabila kita menyentuh tentang para pekerja berpendapatan rendah sepanjang dua tahun yang lalu, khususnya mereka yang bekerja dalam industri makanan, ramai yang terjejas oleh COVID-19,” kata Encik Zaqy, sambil menarik perhatian bahawa sesetengah daripada mereka turut kehilangan sumber pendapatan.
“PWM ini khas buat mereka,” katanya.
Tambah Encik Zaqy, saranan bagi latihan kemahiran itu boleh memberi jaminan kepada majikan bahawa Model Gaji Progresif juga menyumbang kepad daya penghasilan dan pembangunan kemahiran agar tenaga pekerja khidmat makanan boleh dikekalkan.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.