Skip to main content

Singapura

Gaji menteri lebih tinggi bukan untuk pikat orang sertai politik, khidmat kepada negara mesti didahulukan: PM Wong

Gaji lebih tinggi bagi para menteri Singapura bukan bertujuan memikat orang ramai untuk menceburi bidang politik, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Sep 2026 07:33PM Dikemas Kini : 06 Oct 2026 01:37PM
Higher Minister salaries are not meant to attract people to join politics; service to the country must come first: PM Wong
  • Prime Minister Lawrence Wong stressed that the salary increase for Singapore’s Ministers is not meant to attract people into politics, but underlined that sincerity in serving the country must come first.
  • The Parliament debate involved over 10 Members of Parliament, including the Workers’ Party, which supported part of the review but questioned the salary formula.
  • The salary increase of up to 9 per cent was announced after deep consideration, amid public concerns about the cost of living and the future.
  • The issue also covered the importance of diversity in political talent, personal sacrifice, and the timing of the salary changes.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Gaji lebih tinggi bagi para menteri Singapura bukan bertujuan memikat orang ramai untuk menceburi bidang politik, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis (10 Sep).

Sebaliknya, mereka yang memilih untuk menyertai politik mesti terlebih dahulu mempunyai hasrat untuk berkhidmat kepada negara.

PM Wong menyifatkan perkara itu sebagai "satu titik persamaan" dalam perbahasan di Parlimen mengenai semakan gaji para pemegang jawatan politik.

Menurut beliau, perbezaan pandangan tertumpu kepada bagaimana rangka kerja gaji baharu itu harus dilaksanakan.

Perbahasan tersebut diadakan selepas pemerintah mengumumkan kenaikan gaji sekali sahaja sehingga 9 peratus sebagai sebahagian daripada saranan untuk mengemas kini gaji para pemegang jawatan politik.

"PERTIMBANGAN MENDALAM DAN SUKAR"

PM Wong berkata beliau membuat pertimbangan yang mendalam dan sukar sebelum memutuskan untuk menyesuaikan gaji politik.

Beliau mengakui rakyat Singapura kini berdepan kenaikan kos sara hidup, selain kebimbangan mengenai pekerjaan, mata pencarian dan masa depan.

"Kebimbangan ini nyata dan pemerintah akan terus melakukan sedaya upaya untuk menyokong rakyat Singapura, terutama sekali mereka yang memerlukan lebih banyak bantuan," katanya.

Namun, PM Wong menegaskan bahawa mentadbir negara bukan sahaja mengenai menangani tekanan hari ini, tetapi juga mengambil tanggungjawab bagi masa depan.

"Salah satu tanggungjawab paling penting kami adalah untuk memastikan agar Singapura terus mempunyai kepimpinan politik yang berkebolehan dalam tahun-tahun mendatang," katanya.

LEBIH 10 AP BAHAS ISU GAJI POLITIK

Lebih 10 Anggota Parlimen (AP), termasuk Anggota Parlimen Dilantik (NMP), bangkit untuk membincangkan isu tersebut.

Parti Pekerja (WP) menyokong sebahagian daripada semakan itu, namun mempersoalkan formula yang digunakan untuk menentukan gaji para pemegang jawatan politik.

Para AP turut membincangkan pertimbangan antara khidmat awam dengan pengorbanan peribadi, masa pelaksanaan perubahan tersebut serta pentingnya memastikan kepelbagaian dalam takungan bakat politik.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita