Gaji lebih tinggi bagi guru pendidikan khas; 2 kurikulum baharu bantu murid SPED
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) sedang mengambil langkah untuk meningkatkan sektor pendidikan khas (SPED).
Antaranya ialah gaji lebih tinggi bagi guru serta dua kurikulum baharu untuk membantu murid.
Darwish, yang berusia 10 tahun misalnya memanfaatkan sebuah papan komunikasi.
Dengan menunjuk pada ikon sahaja, dia dapat memberitahu ibu bapanya tentang apa yang diperlukan serta perasaannya.
Murid Sekolah Autisme St. Andrew's tersebut sedang mempelajari cara untuk meluahkan perasaannya dengan mengunakan alat sedemikian.
"Alat komunikasi ini penting bagi mereka, kerana ramai daripada mereka mahu berkomunikasi tetapi kurang kemahiran lisan.
"Jadi, dengan alat komunikasi ini, mereka dapat memberitahu kami dengan lebih baik lagi apa yang mereka mahukan dan ini benar-benar mengurangkan rasa kecewa bagi mereka dan orang tersayang," ujar Cik Seri Amalia, ibu Darwish.
Untuk melengkapi lebih ramai pelajar berkeperluan khas dengan kemahiran hidup yang kritikal, MOE akan memperkenalkan topik baharu seperti Komunikasi dan Bahasa serta Pembelajaran Emosi-Sosial di bawah dua Sukatan Pengajaran dan Pembelajaran baharu.
Guru pendidikan khas memainkan peranan penting dalam membangunkan sukatan pengajaran itu.
Selain belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik lagi, murid-murid juga diajar cara menetapkan matlamat dan mengawal emosi.
Dalam usaha mengekalkan dan menarik lebih ramai guru ke dalam sektor itu, MOE juga akan menaikkan lagi gaji mereka dengan memperuntukkan lebih banyak dana bagi sekolah-sekolah SPED.
"Saya maklum pengambilan pendidik SPED bukan mudah. Terdapat permintaan bagi guru-guru cekap dalam persekitaran yang berbeza.
"Oleh itu, sebagai sebuah sektor, kita perlu mengukuhkan lagi diri menerusi perkembangan profesional untuk kekal berkesan dengan sumber yang terhad," kata Dr Maliki Osman, Menteri Kedua Pendidikan.
Lebih banyak perincian tentang kenaikan gaji itu akan diumumkan pada awal tahun depan.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.