Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gaji keluarga S'pura berkembang pada 2017, jurang gaji kekal sama - Singstat

Para penduduk Singapura mendapati gaji mereka meningkat tahun lalu, tetapi jurang atau ketaksamaan gaji di Singapura berada pada paras paling rendah dalam masa sedekad, menurut data rasmi diterbitkan hari ini (8 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Feb 2018 04:08PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 09:45PM

SINGAPURA: Para penduduk Singapura mendapati gaji mereka meningkat tahun lalu, tetapi jurang atau ketaksamaan gaji di Singapura berada pada paras paling rendah dalam masa sedekad, menurut data rasmi diterbitkan hari ini (8 Feb).

Bagi keluarga yang diketuai rakyat Singapura atau penduduk tetap yang mempunyai sekurang-kurangnya satu orang yang bekerja, gaji bulanan median naik sebanyak 2 peratus dari segi nilai kepada S$9,023 tahun lalu, berbanding S$8,846 pada 2016.

Dengan inflasi, kenaikan tersebut adalah 1.5 peratus dari perangkaan sebenar, menurut data dari Jabatan Statistik (Singstat).

Selepas mengambil kira jumlah anggota keluarga, gaji median bulanan setiap anggota naik 4.5 peratus dari segi nyata, atau 3.9 peratus nyata, kepada S$2,699 pada 2017.

Para penduduk yang bekerja, dalam semua jenis pendapatan di Singapura, juga menikmati pertumbuhan dalam gaji sebenar yang diterima tahun lalu, menurut laporan berkenaan.

Keluarga-keluarga dalam kelompok 10 peratus teratas yang menerima gaji tertinggi, mencatat kenaikan gaji sebenar sebanyak 2.6 peratus. Manakala keluarga yang berada dalam kelompok 50 peratus terbawah pula mencatat kenaikan gaji sebenar antara 2.1 dengan 3.6 peratus.

Keluarga-keluarga yang berada dalam kumpulan pendapatan antara 51 hingga 90 tertinggi, mencatat kenaikan gaji sebenar sebanyak 3.7 hingga 4.5 peratus.

Bagi tahun 2017, koefisien Gini (yang mencatat ketaksamaan gaji dari 0 hingga 1, dengan 0 merujuk kepada ketaksamaan gaji mutlak), kekal pada paras 2016.

Ia berada pada paras 0.459 sebelum mengambil kira bantuan pemerintah dan cukai. Ini bermakna perubahannya sedikit sahaja berbanding tahun 2016 dan antara paling rendah dalam sedekad.

Selepas mengambil kira bantuan dan cukai pemerintah, koefisien Gini Singapura pada 2017 berkurangan dari 0.459 kepada 0.401 - iaitu tidak berubah berbanding 2016. Ini mencerminkan kesan pengagihan semula bantuan dana pemerintah, menurut laporan Singstat.

Data rasmi juga menunjukkan bahawa keluarga flat HDB satu dan dua-bilik menerima lebih banyak bantuan dana pemerintah, berbanding jenis-jenis rumah yang lain.

Secara purata, mereka yang tinggal di rumah flat HDB satu dan dua-bilik menerima S$10,345 setiap anggota keluara daripada pelbagai skim pemerintah tahun lalu. Ini lebih seganda daripada purata S$4,433 yang diterima setiap anggota keluarga di semua jenis rumah.  

Sumber : CNA/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan