Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gaji kelayakan minimum Pas S akan meningkat kepada S$3,000 pada September 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Gaji kelayakan minimum Pas S akan meningkat kepada S$3,000 pada September 2022

Pekerja lanjut usia dalam seragam membungkus makanan tengah hari mereka. (Gambar fail: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Gaji kelayakan bagi Pas S akan dinaikkan untuk dipadankan dengan gaji para karyawan berkutu dan teknisyen tempatan. Namun pekerja dalam sesetengah pekerjaan boleh bertukar kepada permit kerja, kata Menteri Tenaga Kerja, Tan See Leng pada Jumaat (4 Mac).

Gaji kelayakan minimum Pas S akan meningkat kepada S$3,000 pada September ini dan kenaikan selanjutnya dirancang bagi tahun 2023 dan 2025, seperti yang diumumkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022.

Kenaikan akan dilakukan dalam tiga langkah untuk mengurangkan kesan terhadap perniagaan, kata Dr Tan semasa menyampaikan Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Nilai gaji yang tepat akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh pelaksanaannya, berdasarkan gaji tempatan semasa.

Levi tahap 1, yang tertakluk kepada sehingga 10 peratus tenaga kerja syarikat, akan dinaikkan daripada S$330 kepada S$450 mulai September tahun ini. Ia dijangka meningkat kepada S$650 menjelang 1 September 2025.

PEKERJAAN YANG DIKECUALIKAN

Ada beberapa firma yang dibenarkan mengambil pekerja untuk bekerja dengan permit kerja.

Ini termasuk tukang masak di restoran India, pekerja pemprosesan makanan, pekerja kepingan logam, tukang kimpal dan pekerja lain dalam firma pembuatan dan kejuruteraan.

Pekerja berkenaan harus mempunyai kemahiran yang tinggi dan ini tertakluk kepada kuota. Mereka juga hanya boleh melakukan pekerjaan yang dinyatakan pada permit kerja mereka.

MOM juga akan memperkenalkan skim Tenaga Manusia untuk Keutamaan Ekonomi Strategik (M-SEP). Skim itu akan menyediakan fleksibiliti tenaga kerja hijrahan dalam satu tempoh untuk firma-firma yang menyumbang kepada keutamaan ekonomi strategik Singapura dan pembangunan tenaga kerja tempatan.

Skim itu akan disediakan selama tiga tahun dan butiran lanjut akan diberikan kelak.

KEBIMBANGAN MENGENAI KENAIKAN GAJI PAS S

Dr Tan berkata jika gaji pas S tidak dinaikkan, maka gaji pekerja tempatan juga akan kekal sama.

Beliau menambah gaji kelayakan yang lebih tinggi hanya akan diberikan kepada pekerja dengan pass kerja mulai September 2023 dan ini boleh berlanjutan hingga 2026.

Beliau juga menegaskan bahawa terdapat kuota di peringkat pas S. Namun jika majikan masih menaikkan gaji pekerja hijrahan secara tidak adil, pekerja boleh membawa rungutan mereka kepada Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP).

Kepada peniagaan yang sukar mencari pekerja tempatan dalam pasaran tenaga kerja yang ketat, Dr Tan menggesa mereka untuk mengubah pekerjaan mereka supaya lebih fleksibal dan inklusif untuk menarik pekerja tempatan.

KUOTA LEBIH KETAT BAGI SEKTOR BINAAN, PROSES

Beberapa perubahan lain kepada dasar tenaga kerja hijrahan turut diumumkan semasa Belanjawan 2022.

Had nisbah kebergantungan - iaitu jumlah pemegang permit kerja yang boleh digajikan sesebuah firma - dalam sektor binaan dan proses akan dikurangkan daripada 1:7 sekarang kepada 1:5 mulai 1 Januari 2024.

Rangka kerja levi baru juga akan diperuntukkan.

Rangka kerja levi baru itu akan menurunkan kadar levi bagi pembinaan di luar tapak dan bertujuan untuk menyokong firma yang menggunakan teknologi yang lebih produktif, menurut MOM.

Pekerja berkemahiran tinggi akan terus dikenakan kadar levi yang lebih rendah untuk menggalakkan firma untuk mengambil pekerja pemegang permit kerja yang berkemahiran.

 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan