Gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan baharu dinaikkan pada 2025
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Syamil Sapari/CNA
SINGAPURA: Gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan (EP) baharu akan dinaikkan mulai tahun depan.
Demikian diumumkan Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Isnin (4 Mac).
Gaji kelayakan minimum dinaikkan daripada S$5,000 kepada S$5,600. Bagi pemohon EP baharu dalam sektor khidmat kewangan, yang mempunyai "norma gaji lebih tinggi", ia akan dinaikkan kepada S$6,200 daripada S$5,500 sekarang, jelas Dr Tan.
Bagi permohonan untuk memperharui EP, gaji kelayakan baharu itu akan dilaksanakan setahun kemudian pada 1 Jan 2026.
Gaji kelayakan EP bagi pemohon baharu, kali terakhir dinaikkan pada September 2022, iaitu dengan sebanyak S$500. Ketika itu gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas S juga dinaikkan.
"Dengan mengemas kini gaji kelayakan secara berkala berdasarkan tanda aras gaji yang ditetapkan, kami memastikan bahawa ia adil bagi penduduk setempat," kata Dr Tan di Parlimen semasa perbahasan Belanjawan kementerian itu.
Gaji kelayakan bagi pemohon EP dibandingkan dengan gaji satu pertiga terbaik tenaga kerja karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) tempatan dan meningkat bertahap-tahap dengan usia.
Kebanyakan pemegang EP sudah membawa pulang gaji lebih tinggi daripada gaji kelayakan baharu yang ditetapkan itu dan tidak akan terjejas oleh perubahan tersebut, tambahnya.
PAS RANGKAIAN & KEPAKARAN LUAR NEGARA
Dr Tan juga memberikan perkembangan Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara (ONE Pass), yang diperkenalkan pada Januari 2023 untuk menarik bakat asing terbaik.
Hampir 4,200 permohonan ONE Pass diluluskan setakat 1 Jan 2024.
Pas pekerjaan itu membolehkan pekerja berkemahiran dan bergaji tinggi untuk menetap di Singapura tanpa perlu mempunyai pekerjaan di sini. Gaji bulanan minimum bagi pas tersebut ditetapkan sebanyak $30,000, meskipun mereka dengan "pencapaian cemerlang" dalam sektor teknologi, seni, akademik atau sukan tidak perlu memenuhi syarat tersebut.
PENGALAMAN BEKERJA DI LUAR NEGARA
Bagi rakyat Singapura yang ingin menimba pengalaman bekerja di luar negara, pemerintah akan memperkenalkan dua inisiatif, yang menyasarkan beratus-ratus pekerja.
Program Pemimpin Perniagaan Global (GBLP) itu akan memberi akses kepada peluang seperti tugasan di luar negara dan program pengurusan eksekutif. Ini dapat membantu syarikat membangunkan pemimpin korporat rakyat Singapura.
Program Penyerapan Pasaran Luar Negara akan membantu firma yang mahu mengembangkan sayap ke luar negara. Program tersebut akan menyokong syarikat dengan menghantar kakitangan dengan sedikit atau tiada pengalaman di luar negara untuk tugasan di luar negara serta bentuk lain latihan.
Butiran lanjut dijangka didedahkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.