Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gaji jangkaan dalam sektor teknologi dijangka merosot sedang makin ramai diberhentikan kerja

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gaji jangkaan dalam sektor teknologi dijangka merosot sedang semakin ramai pekerja sektor tersebut diberhentikan kerja. Ini secara tidak langsung membawa kepada pertumbuhan yang lebih mampan bagi sektor tersebut.

Demikian menurut Menteri Tenaga Manusia, Tan See Leng, sambil menambah bahawa kenyataan demikian adalah berdasarkan maklum balas yang beliau terima daripada para pemain industri.

Berucap di sidang media mengenai laporan tahunan awal Tenaga Buruh di Singapura yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (1 Dis), Dr Tan merujuk kepada 1,270 notis pemberhentian kerja daripada syarikat-syarikat teknologi, yang dihantar kepada MOM antara Julai dengan pertengahan November 2022.
 
Dr Tan mendedahkan perangkaan tersebut di Parlimen pada 28 November, semasa menjawab beberapa soalan yang dikemukakan mengenai pemberhentian kerja secara besar-besaran dalam sektor teknologi.

Beliau turut menambah lapan daripada 10 pekerja yang terjejas adalah daripada tugas bukan teknologi.

"Saya sudah bercakap dengan beberapa tokoh industri (teknologi) dan orang dalam. Mereka merasakan bahawa pusingan pemberhentian kerja yang diumumkan di peringkat antarabangsa baru-baru ini, yang melibatkan banyak syarikat teknologi, sebenarnya akan menghapuskan sebilangan pekerja yang 'tidak diperlukan', iaitu mereka yang meminta gaji yang tinggi bagi sektor tersebut," kata Dr Tan.

Para ahli ekonomi yang bercakap kepada Mediacorp menjelaskan bahawa memandangkan kebanyakan pemberhentian kerja yang dilaksanakan baru-baru ini menjejas mereka yang bukan memainkan peranan dalam teknologi, mereka menjangkakan hanya jangkaan gaji bagi peranan tersebut akan merosot,manakala, para pekerja dengan kemahiran teknologi berkemungkinan akan terus meminta gaji yang tinggi.

GAJI NAIK BAGI PEKERJA INDUSTRI TEKNOLOGI SEJAK 2001

Menurut statistik MOM, median pendapatan bulanan kasar bagi para pekerja sepenuh masa termasuk caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan dalam sektor Maklumat & Komunikasi (I&C) naik 75 peratus daripada S$3,480 pada 2001 kepada S$6,092 pada 2021.

MOM mengklasifikasikan kebanyakan syarikat teknologi di bawah industri I&C tetapi ini tidak termasuk semua syarikat teknologi.Meta, misalnya, tidak termasuk dalam kategori ini.

MOM tidak mempunyai klasifikasi berasingan yang tertentu bagi syarikat-syarikat teknologi atau pecahan para pekerja teknologi dalam peranan teknologi dan bukan teknologi.

Kenaikan gaji para pekerja di syarikat-syarikat teknologi yang melambung di antara 2001 dengan 2021, adalah disebabkan kurangnya bakat teknologi di Asia Tenggara, termasuk Singapura.

PROSPEK SURAM BAGI PERANAN BUKAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI TEKNOLOGI

Ketua ahli eknomi OCBC Selena Ling menarik perhatian bahawa industri teknologi sejagat sedang berdepan dengan beberapa "halangan buat masa ini" menyusuli proses pembangunan sejagat yang lebih rendah dan landskap dasar serta geopolitik yang rumit sejak beberapa tahun lalu.

"Jangkaan gaji adalah fungsi prospek pertumbuhan industri. Oleh itu tidak menghairankan bahawa terdapat beberapa penyederhanaan," Cik Ling.

"Dalam pada itu, pendigitalan merupakan trend besar yang berstruktur, bermakna permintaan akan terus kekal untuk tempoh masa akan datang, tetapi pembangunannya bergerak lebih perlahan berbanding sebelum ini."
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan