Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gaji guru prasekolah disemak supaya lebih berdaya saing; perubahan dilaksana bermula 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semakan gaji yang sedang dijalankan untuk guru pendidikan prasekolah dijangka selesai pada suku keempat tahun ini, dengan perubahan dilaksanakan bermula tahun depan.

Menjawab soalan parlimen pada Selasa (13 Sep) mengenai tempoh serta skop semakan tersebut, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata semakan itu bertujuan mengimbangi antara menggajikan guru untuk sumbangan dan kemahiran mereka serta menjadikan ia cukup berdaya saing bagi memikat dan mengekalkan bakat dalam sektor berkenaan.

Pada Ogos, Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan kenaikan gaji antara 5 hingga 10 peratus untuk 37,000 guru dan pendidik lain.
Menyusuli pengumuman itu, pengusaha prasekolah persendirian memberitahu Mediacorp bahawa ia sama ada akan menaikkan atau menyemak semula gaji para gurunya.

Encik Masagos menambah pada Selasa bahawa Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) sedang bekerjasama dengan prasekolah untuk memastikan kesejahteraan fizikal dan mental para guru dititikberatkan.

Encik Leong Mun Wai, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) bangkit untuk bertanya bagaimana gaji semasa para guru dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak berbeza dengan gaji guru- guru lain.

Encik Masagos menjawab bahawa beliau tidak mempunyai perangkaannya buat masa ini dan mengalu-alukan para AP untuk memfailkan soalan parlimen mengenainya.

"Namun pastinya, ada kebergantungan antara semua pekerjaan dengan semua sektor pekerjaan yang kami ingin kekalkan, bukan sahaja (dalam kalangan) pendidik tetapi merentasi semua sektor pekerjaan lain supaya ada keseimbangan antara apa yang kami bayar untuk kemahiran dan sumbangan mereka serta (gaji itu) cukup berdaya saing" agar para guru boleh kekal dalam industri, tambah beliau.

"Sama ada ia adalah perkara yang baik untuk membandingkan antara guru prasekolah dengan guru sekolah adalah satu soalan yang akan dijawab oleh para karyawan kami".
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan