Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gaji, caruman CPF pekerja belum dilunas susuli penutupan mengejut Flash Coffee

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gaji kakitangan Flash Coffee yang terjejas akibat penutupan mengejut operasi syarikat itu di Singapura masih belum dilunaskan, dengan caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan hak cuti masih tertunggak, dedah kesatuan sekerja pada Jumaat (13 Okt).
Flash Coffee telah menutup kesemua 11 cawangannya di Singapura.

Gaji pekerja yang belum dilunaskan terdiri daripada baki 75 peratus daripada gaji bulan September, serta gaji untuk kerja yang dilakukan sehingga 12 Okt, dedah Kesatuan Pekerja Makanan dan Minuman Bersekutu (FDAWU) dalam kenyataannya pada Jumaat malam.

Ia juga termasuk pembayaran baki hari cuti, menurut kesatuan itu.

Para pekerja diberitahu pada Selasa bahawa cawangan-cawangan Flash Coffee akan ditutup pada Rabu (11 Okt).

Mereka menghadiri mesyuarat pada pagi Khamis di mana berita yang dikongsi mendedahkan bahawa syarikat itu akan dibubarkan buat sementara waktu pada Isnin dan khidmat mereka dengan syarikat itu akan ditamatkan pada Khamis.

Kesatuan itu menyatakan bahawa ia pertama kali mendapat tahu pada Jumaat bahawa gaji pekerja Flash Coffee masih belum dilunaskan selepas cawangan-cawangannya ditutup.

Menurut kesatuan itu selanjutnya, ia sedang membantu para anggota yang terjejas dengan tuntutan berkaitan gaji. Ia juga akan menghulurkan sokongan untuk mendapatkan pekerjaan, memanfaatkan rangkaian syarikat-syarikat yang berkesatuan serta "rangkaian gerakan buruh yang lebih luas".

"FDAWU akan terus memantau keadaan dan memberikan sebarang sokongan lanjut kepada para anggota, jika diperlukan," tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan