Gaji bulanan 53,000 pekerja runcit dinaikkan antara S$130-S$160 mulai 1 Sep
Lebih 53,000 pekerja runcit akan menikmati kenaikan gaji berterusan sebanyak sekurang-kurangnya S$130 dalam tempoh tiga tahun akan datang, di bawah saranan yang dikemas kini bagi Model Gaji Progresif sektor tersebut.
- Lebih 53,000 pekerja runcit akan menikmati kenaikan gaji berterusan sebanyak sekurang-kurangnya S$130 dalam tempoh tiga tahun akan datang, di bawah saranan yang dikemas kini bagi Model Gaji Progresif sektor tersebut.
- Mulai September, gaji bulanan bagi pembantu runcit dan juruwang yang baru sahaja mula bekerja akan meningkat kepada sekurang-kurangnya S$2,305, berbanding S$2,175 sebelum ini, dan dijangka menjangkaui S$2,500 menjelang 2027.
- Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan kenaikan gaji di bawah saranan yang diperbaharui kali ini adalah lebih sederhana berbanding model sebelumnya kerana ia mengambil kira prospek ekonomi yang tidak menentu di masa akan datang.
- "Sebagai contoh, apa yang sedang berlaku dari segi perdagangan adalah amat penting, dan itu adalah sesuatu yang kami sedang perhatikan,” kata Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash.
Mulai September, gaji bulanan bagi pembantu runcit dan juruwang yang baru sahaja mula bekerja akan meningkat kepada sekurang-kurangnya S$2,305, berbanding S$2,175 sebelum ini, dan dijangka menjangkaui S$2,500 menjelang 2027.
Selain itu, lebih banyak kursus latihan dan kelayakan akan ditawarkan untuk membantu para pekerja meningkatkan kemahiran mereka.
Para majikan juga akan menerima pembiayaan bersama bagi meringankan peralihan itu.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan kenaikan gaji di bawah saranan yang diperbaharui kali ini adalah lebih sederhana berbanding model sebelumnya kerana ia mengambil kira prospek ekonomi yang tidak menentu di masa akan datang.
“Itu adalah antara sebab mengapa jumlah yang kami anggarkan adalah sedikit berbeza daripada apa yang dilihat sebelum ini. Tetapi pemerintah sedang memantau rapi prospek ekonomi, dan jika ada sebab untuk melakukan penyesuaian pada masa akan datang, kami akan menimbangkannya.
"Sebagai contoh, apa yang sedang berlaku dari segi perdagangan adalah amat penting, dan itu adalah sesuatu yang kami sedang perhatikan,” kata Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.