Gaji bagi sektor khidmat sosial akan dinaikkan 4% hingga 15%
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Gaji para pekerja dalam sektor khidmat sosial akan dinaikkan antara 4 peratus hingga 15 peratus mulai 1 April, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli pada Jumaat (3 Mac).
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) sudahpun menyemak garis panduan gaji bagi sektor itu untuk semua pekerjaan dan peringkat pekerjaan, jelas MSF dalam kenyataan medianya.
Kenaikan gaji itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 20,000 pekerja dalam sektor khidmat sosial, yang antara lain merangkumi para pekerja sosial, ahli terapi, ahli psikologi dan pendidik intervensi awal.
Misalnya, pendidik intervensi awal meraih gaji sekitar S$4,850 di bawah garis panduan Tahun Kewangan 2022, tetapi akan mendapat sekitar S$5,230 selepas semakan itu dibuat, menggunakan rujukan gaji yang diterbitkan NCSS untuk pekerja yang "cekap bagi pekerjaan itu".
Ini merupakan kali pertama sejak 2018 MSF dan NCSS membuat semakan ke atas garis panduan gaji sektor tersebut.
Semakan sedia ada berdasarkan gaji bagi peranan pekerjaan yang setara dalam pasaran buruh yang bersaing.
Agensi-agensi khidmat sosial juga akan menerima lebih banyak sokongan kewangan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada mereka yang memerlukan, menurut MSF.
HAB PENGUPAYAAN DALAM MASYARAKAT
Hab Khidmat Pengupayaan (ESH) yang pertama akan dilancarkan di Kelab Masyarakat Tampines West menjelang pertengahan 2023, menurut Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua.
Hab itu dikendalikan SG Enable dengan kerjasama SPD, iaitu sebuah pertubuhan amal yang berkhidmat kepada golongan kurang upaya di Singapura.
Tampines dipilih kerana ia merupakan salah satu estet dengan jumlah paling tinggi orang dewasa kurang upaya di daerah timur, jelas MSF. Sebuah tapak satelit juga akan diadakan di Bedok.
Ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Pelan Induk Pemerkasaan 2030 bagi membantu golongan kurang upaya, penjaga serta keluarga mereka mendapatkan akses kepada masyarakat dan sokongan pekerjaan berhampiran rumah mereka.
Di Hab Khidmat Pengupayaan itu, golongan tersebut boleh mengambil bahagian dalam kegiatan sosial untuk berinteraksi dengan jiran dan sukarelawan, serta menghadiri kursus bagi menimba kemahiran baru.
Para penjaga yang memerlukan rehat juga boleh singgah dan memanfaatkan khidmat jagaan di sana.
ESH akan menyediakan pasukan pendampingan, yang akan mendampingi golongan kurang upaya dan keluarga mereka yang tinggal di Tampines dan Bedok, terutama sekali mereka yang kini tidak berdaftar dalam sebarang khidmat bagi golongan kurang upaya, jelas beliau.
Inisiatif perintis kedua - iaitu Hab Pengupayaan Perniagaan - akan dilancarkan SG Enable di Jurong West pada separuh kedua 2023.
SG Enable akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan industri bagi mempamerkan amalan inklusif pengambilan pekerja dan mendorong lebih banyak majikan supaya mendakapinya.
Hab tersebut akan "membawa pekerjaan lebih dekat dengan tempat tinggal golongan kurang upaya," kata Encik Chua.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.