Skip to main content

Singapura

Gaji adil, perkongsian risiko lebih tinggi bagi projek sektor awam

Garis masa dan penyeliaan projek-projek sektor awam yang lebih jelas.

Anggaran Waktu Membaca:
 Gaji adil, perkongsian risiko lebih tinggi bagi projek sektor awam

Gambar fail: AFP/Roslan Rahman

SINGAPURA: Garis masa dan penyeliaan projek-projek sektor awam yang lebih jelas.

Ini dirancang sedang pemerintah berusaha memastikan gaji yang adil dan tepat pada masa bagi perundingcara seperti jurutera dan jurubina.

Ia akan mengurangkan kemungkinan firma-firma lingkup serta melicinkan proses dengan skop perkhidmatan yang lebih jelas.

Firma-firma juga akan lebih diteliti untuk memastikan khidmat bermutu seperti yang dijanjikan.

Misalnya, kontrak standard yang digunakan untuk khidmat perundingcara bagi projek sektor awam akan diubah untuk membenarkan yuran disesuaikan di tahap pertengahan projek, jika ia tergendala kerana isu-isu di luar kawalan.

Satu rangka kerja juga sedang dipertingkat untuk memberi lebih penekanan kepada mutu.

Ini bermakna jumlah projek yang disenarai pendek berdasarkan merit berbanding undian akan ditingkatkan.

Menteri Pembangunan Negara berharap perubahan itu akan menggalak pemaju privet untuk mengambil langkah serupa.

"Sesetengah langkah ini mungkin kelihatan mencabar kerana ia melibatkan kos lebih tinggi dan membawa lebih ketidaktentuan pada cara yang semua sudah terbiasa.

"Pihak-pihak berkepentingan dalam rantai nilai bakal perlukan masa untuk buat penyesuaian proses. Namun perubahan itu penting kerana dalam jangka panjang ia akan menghasilkan sektor lebih berdaya tahan, dinamik dan inovatif yang akan bermanfaat pada masa hadapan," kata Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee.
Sumber : CNA/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita