Gaji 80% asatizah sudah dalam lingkungan Garis Panduan Gaji Umum: Masagos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 80 peratus asatizah sudah meraih gaji dalam lingkungan Garis Panduan Gaji Umum (CSG).
Ini hanya merujuk kepada golongan asatizah di bawah tadbir kuasa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) iaitu mereka yang bekerja di masjid, madrasah dan Hab Pengajian Islam dan Pejabat Pengurusan MUIS (ILHAM).
Kemas kini itu dikongsikan Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam di parlimen pada Isnin (10 Mac).
MUIS telah melaksanakan CSG bagi asatizah secara bertahap-tahap sejak 2023.
Pada tahun tersebut, majoriti lulusan universiti yang bekerja di masjid dan madrasah meraih gaji antara S$2,001 hingga S$3,000 sebulan.

"Sejak 2023, kita telah menaikkan gaji lebih 80 peratus asatizah yang bekerja di masjid-masjid dan madrasah tempatan untuk memenuhi lingkungan gaji CSG, dengan peningkatan gaji antara purata 5 hingga 12 peratus," kata Encik Masagos.
Asatizah dengan prestasi kerja yang cemerlang juga meraih kenaikan gaji lebih tinggi setimpal dengan sumbangan mereka kepada masyarakat.
Usaha untuk menaikkan lagi sekitar 20 peratus asatizah yang belum lagi mendapat gaji dalam lingkungan CSG boleh dihambat oleh beberapa faktor.
Antaranya termasuk prestasi kerja asatizah itu sendiri yang boleh disebabkan oleh kelakonan atau kadar kemahiran yang mereka miliki.
Selain itu, kadar kemampuan institusi terutama sekali yang kecil juga boleh menjadi penghambat untuk membayar gaji dalam lingkungan CSG.
"Dengan pelaksanaan fasa ketiga tahun ini, kita berharap dapat menaikkan gaji lebih ramai asatizah agar mencapai lingkungan gaji CSG. MUIS komited untuk bekerjasama dengan para majikan agar terus melaraskan gaji asatizah supaya setimpal dengan ilmu dan kemahiran mereka. Ini juga supaya mereka memenuhi penanda aras gaji nasional bagi sektor-sektor berkaitan, secara bertahap-tahap," ujar Encik Masagos.
"Kami harap usaha ini dapat memberi jaminan kepada para asatizah dan mengiktiraf kerja keras mereka dalam memberi bimbingan dan nasihat agama kepada masyarakat Islam yakni dalam menyahut panggilan kerjaya, mereka mampu menyara kehidupan yang selesa bagi diri mereka dan keluarga masing-masing, sama seperti warga Singapura yang lain," tambahnya.
MUIS UMUMKAN GARIS PANDUAN GAJI SEKTOR AGAMA PADA 2026
MUIS akan mengumumkan garis panduan gaji CSG bagi sektor keagamaan pada 2026 untuk memastikan ketelusan dan perbincangan awam.
Pengumuman itu juga bagi memaklumkan orang awam dan institusi-institusi terbabit tentang tujuan dan kelebihan garis panduan tersebut.

Ini lebih-lebih lagi dengan peranan asatizah yang semakin berkembang seperti membantu para banduan menerusi program FITRAH dan pasangan rumah tangga pula menerusi program Bersamamu.
Program Bersamamu sudah mendampingi 31,000 pasangan sejauh ini manakala dalam program FITRAH pula sudah disokong 40 asatizah daripada 29 masjid.
Setiap minggu, mereka mendampingi sekitar 3,000 banduan.
Menurut Encik Masagos, pelaksanaan CSG bagi asatizah ini antara usaha utama untuk meningkatkan daya tarikan sektor asatizah.
Ia antara tiga cara yang digariskan beliau untuk dalam pembentangannya di Parlimen itu.
Selain itu adalah melatih dan melahirkan generasi asatizah seterusnya dan mengumpul sumbangan bagi memperkukuh sektor keagamaan dan kemasyarakatan.
WAKAF MASYARAKAT SG SUDAH KUMPUL LEBIH $6 JUTA
Mengenai dana bagi membiayai keperluan keagamaan masyarakat, Encik Masagos juga memberi kemas kini mengenai Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).
WMS dilancarkan tahun lalu bagi menampung keperluan agama masyarakat Melayu/Islam.

"Sukacita saya melaporkan bahawa kita telah berjaya mengumpulkan S$6.25 juta bagi WMS sejauh ini. Daripada jumlah ini, hampir $1 juta adalah sumbangan tunai, dan bakinya berbentuk ikrar," dedah Encik Masagos.
Beliau juga berkongsi rancangan MUIS tahun ini untuk memperhebat usaha untuk meningkatkan jumlah tersebut.
"Sempena sambutan SG60, MUIS akan melancarkan kempen untuk menambah jumlah pengikrar WMS kepada 6,000 individu menjelang akhir tahun ini. Ini peningkatan lebih lima kali ganda berbanding sekitar 1,150 pengikrar sekarang," kongsi Encik Masagos.
Ini bagi memastikan kemampanan dana untuk keperluan seperti membina masjid-masjid baharu, penyelenggaraan masjid, membiayai gaji asatizah serta pembangunan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS).
PANEL PENASIHAT SCIS ADAKAN MESYUARAT SULUNG JUN INI
Encik Masagos turut berkongsi beberapa perkembangan mengenai SCIS.
Bagi memastikan tadbir urus yang baik, beberapa kumpulan sudah ditubuhkan termasuk Panel Penasihat, Jawatankuasa Pemandu dan Lembaga Pengelola.

Encik Masagos yang mempengerusikan Panel Penasihat SCIS berkongsi, "Para pemimpin institusi-institusi rakan kerjasama kami bersama universiti-universiti terkemuka lain seperti Universiti Al-Azhar, akan membentuk Panel Penasihat SCIS. Mereka bakal mengadakan mesyuarat pertama mereka pada bulan Jun ini di Singapura, bersempena Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersepadu (ICCS)."
Anggota Panel Penasihat SCIS:
1. Dr Nazirudin Mohd Nasir, Mufti Negara
2. Profesor Tan Tai Yong, Pengerusi SUSS
3. Profesor Lily Kong, Presiden, Universiti Pengurusan Singapura (SMU)
4. Dr Nazir Mohamed Ayyad, Mufti Besar Mesir
5. Profesor Dr Salama Dawood, Presiden, Universiti Al-Azhar
6. Profesor Driss Fassi Fihri, Naib-Presiden, Universiti Al Qarawiyyin
7. Profesor Dr Abdul Rahman Alkilan, Dekan Sekolah Syariah, Universiti Jordan
8. Profesor Koutoub Moustapha Sano, Setiausaha Agung, Akademi Islam Fiqh Antarabangsa
9. Profesor Mona Siddiqui, Profesor Islam dan Pengajian Antara Agama
"Jawatankuasa Pemandu SCIS, yang diketuai Mufti Dr Nazirudin, telah memulakan tugasan penting merangka pelan bertindak bagi pembangunan kolej itu. Lembaga Pengelola SCIS, yang dipengerusikan Encik Abdullah Tarmugi, pula akan memainkan peranan penting dalam mengelola SCIS dan memberi bimbingan bagi perkara-perkara seperti yuran dan kelayakan kemasukan," kongsi Encik Masagos.
SCIS akan menerima kohort pertama 60 orang mahasiswa pada 2028.
Di peringkat madrasah pula, Encik Masagos berkata madrasah-madrasah setempat boleh mengambil sehingga 400 murid bagi setiap kohort Darjah Satu.
Encik Masagos menjelaskan, "Secara purata, pihak madrasah menerima masuk seorang pelajar bagi setiap dua pemohon."
Semua usaha ini kata beliau, bagi mempertingkatkan lagi tiga aspek Masyarakat Gemilang iaitu Keperibadian (Character), Keupayaan (Capability) dan Kewarganegaraan (Citizenry).
"Menerusi komitmen dan usaha kolektif kita bersama, visi Masyarakat Gemilang bukan sahaja satu model yang diakui dalam Singapura. Ia kini diiktiraf dan dihormati di luar negara. Pada edisi kedua Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) pada Oktober 2024, peserta dari rantau ini dan luar negara sangat kagum melihat bagaimana masyarakat Melayu/Islam amalkan Islam dalam konteks, menyepadukan agama dalam masyarakat Singapura yang berbilang budaya," kata Encik Masagos.
"Ramai menyatakan hasrat untuk belajar daripada perjalanan kami, mendapat inspirasi daripada cara kita harungi cabaran dan meraikan peluang untuk berjaya. Pengiktirafan ini mengesahkan lagi pendekatan kita dalam membangunkan Masyarakat Gemilang, mengukuhkan keyakinan kita untuk menyumbang secara bermakna kepada pembangunan masyarakat serupa di serata dunia" tambahnya.
Encik Masagos akan berkongsi lebih lanjut rancangan berkenaan hal itu di Majlis Hari Raya bersama Menteri pada April nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.