Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gagal yakinkan hakim mainan Toys 'R' Us untuk anaknya; bapa dijel 12 hari

Seorang lelaki yang mencuri barang-barang mainan dari Toys "R" Us bernilai S$1,000 dijatuhi hukuman penjara selama 12 hari pada Jumaat (5 Apr) setelah gagal meyakinkan hakim bahawa dia mencuri barang-barang mainan itu untuk anak-anaknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gagal yakinkan hakim mainan Toys 'R' Us untuk anaknya; bapa dijel 12 hari

Gambar fail. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 05 Apr 2019 12:11PM Dikemas Kini : 05 Apr 2019 12:14PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mencuri barang-barang mainan dari Toys "R" Us bernilai S$1,000 dijatuhi hukuman penjara selama 12 hari pada Jumaat (5 Apr) setelah gagal meyakinkan hakim bahawa dia mencuri barang-barang mainan itu untuk anak-anaknya.

Kwok Woei Jie sedang menganggur ketika dia mencuri mainan-mainan itu - yang termasuk Gundam Astray Red Frame Kai yang bernilai S$529.99 dan set Lego Porshe 911 bernilai S$279.99 - dari cawangan Toys "R" Us di Waterway Point di Punggol pada Januari.

Dia mengaku bersalah pada minggu ini atas tiga tuduhan mencuri, dengan tuduhan keempat turut diambil kira.

Bapa kepada dua orang anak, yang dalam darjah satu dan tiga, tidak diwakili peguam dan memberitahu mahkamah bahawa dia mencuri mainan-mainan itu untuk anak-anaknya.

Bagaimanapun pada Jumaat, Hakim Daerah May Mesenas memberitahu Kwok bahawa beliau tidak termakan dengan kata-katanya.

Hakim menarik perhatian kepada bagaimana Kwok tidak mengeluarkan mainan-mainan itu daripada bungkusannya, sebaliknya membiarkannya selama tiga hingga empat bulan.

Kwok mengaku demikian dan apabila ditanya mengapa dia melakukan perkara itu, dia berkata: "Saya tidak boleh berikannya (anak) semuanya secara serentak."

Menurut Hakim, Kwok mesti mendapatkan khidmat kaunselling kerana dia sudah berkali-kali mencuri barangan serupa, sama ada untuk anak-anaknya atau sebaliknya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan