Gabungan pelbagai teknologi bantu syarikat pemborong tingkatkan penjualan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebahagian syarikat pemborong memanfaatkan gabungan teknologi untuk mencapai para pelanggan baharu.
Ekoran kemajuan bidang pengangkutan logistik, perusahaan yang bergantung pada pengiriman produk yang disejukkan, kini mampu meneroka pasaran baharu sambil menjimatkan kos.
Malah, sebuah syarikat pemborong bidang farmaseutikal membantu para pesakit kronik mendapatkan rawatan melalui teknologi cetakan 3D.
Syarikat pemborong tempatan The Seafood Company bergelut untuk meningkatkan penjualan secara langsung kepada para pelanggan.
Logistik penghantaran amat mencabar dan biayanya juga tinggi.
Namun, kemajuan teknologi rantaian sejuk menciptakan sebuah saluran pendapatan yang baharu.
Pelbagai produkya boleh dikirim dengan selamat menggunakan van penghantaran yang dilengkapi pengawalan suhu.
Setiap bulan, ia juga menggunakan platform media sosial TikTok untuk menjual makanan laut.
Lantas, jualan meningkat 10 peratus.
"Selepas penstriman langsung, kami terima jumlah pesanan yang melonjak. Kini kami berani menawarkan para pengguna (B2C) produk gred sashimi. Dahulu, walaupun kami memproses produk gred sashimi, kami hanya berani untuk edarkannya kepada para peniaga (B2B)," kat Pengarah Urusan The Seafood Company, Kenneth Chia.
Menurut Ninja Van, penghantaran rantaian sejuknya turut menciptakan peluang di beberapa industri lain.

"Syarikat logistik rantaian sejuk tradisional menghadapi isu tidak dapat menjangkau ke seluruh negara. Kami kini boleh melakukannya kerana memiliki infrastruktur dan rangkaian yang dibina menerusi kemampuan e-dagang kami," kata
Ketua Kumpulan Pemasaran & Pembolehan, Ninja Van Group, Winston Seow.
Satu lagi syarikat pemborong dalam industri farmaseutikal turut mengubah cara para pesakitnya mendapatkan perubatan.
Syarikat tersebut menghasilkan pil ubat yang berlapis-lapis.
Proses cetakan 3D menggunakan bahan-bahan farmaseutikal.
Setiap lapisan mengandungi perubatan yang berlainan, yang akan berkesan pada waktu-waktu yang ditetapkan.
Ini bermakna, pesakit yang menghidapi pelbagai penyakit kronik hanya perlu makan satu pil, bukan lagi pelbagai pil berlainan.
"Pesakit dapat meraih manfaat daripada teknologi baharu itu bagi mengurangkan pengambilan setiap hari, serta potensi mengakses perubatan dan formula lain yang tersedia di pasaran, kerana mereka boleh menggunakan secara kompaun. Jadi ahli farmasi itu sendiri boleh mencetak perubatan tertentu yang ditetapkan para doktor," kata Romain Grirard, Presiden Serantau Brenntag Specialties.
Jelas, industri rantaian bekalan amat bergantung kepada teknologi.
Mana-mana syarikat yang ingin cemerlang, perlu memanfaatkan sepenuhnya teknologi baharu.

Sumber : CNA/AT/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.