Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gabungan 2 makmal klinikal mungkin cetus anti persaingan dalam pasaran: CCCS

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) bimbang penggabungan dua buah makmal klinikal, Innovative Diagnostics dan Quest Laboratories, boleh menimbulkan unsur anti persaingan dalam pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Gabungan 2 makmal klinikal mungkin cetus anti persaingan dalam pasaran: CCCS

Penggabungan dua buah makmal klinikal, Innovative Diagnostics dan Quest Laboratories, mungkin menimbulkan unsur anti persaingan dalam pasaran.

Diterbitkan : 29 Oct 2018 09:12PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 09:21PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) bimbang penggabungan dua buah makmal klinikal, Innovative Diagnostics dan Quest Laboratories, boleh menimbulkan unsur anti persaingan dalam pasaran.

Kedua-dua makmal itu menyediakan ujian diagnostik in-vitro di negara ini.

Ujian itu dilakukan pada contoh-contoh darah dan tisu untuk mengesan penyakit atau mengenal pasti pesakit yang mungkin dapat memanfaatkan rawatan tertentu.

Suruhanjaya pemantau persaingan itu menyatakan dua makmal bebas swasta berkenaan dianggap sebagai pesaing terdekat antara satu sama lain, dan tiada pihak lain yang dapat memberikan khidmat alternatif yang sesuai.

CCCS akan meneruskan penilaiannya dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa enam bulan lagi.  

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan